Nuffnang BH

Oct 18, 2016

Bila hati suami bukan lagi milik isteri


As Salam,

Tadi baca luahan Elly Mazlien pasal bekas suaminya. Lebih tertarik bila dia cakap dia mengharungi detik berpantang seorang diri. Semua buat sendiri dalam keadaan masih lemah. Allahuakbar. Sesungguhnya dia wanita kuat. Sedih baca luahan hati Elly.

Kalau putar balik kejadian lepas bersalin anak kedua aku dulu rasanya kalau buat seorang diri tak tertanggung kot. bersyukur suami masih diberikan rezeki bersama. Memang mak paling banyak jaga aku. terima kasih mak. Tapi sokongan suami tu cukup bermakna.

Bila baca apa yang ditulis Elly dan apa yang terjadi, silap haribulan boleh meroyan. Simpan sakit hati dan dendam. Perempuan ni sekali terluka, lambat la nak sembuhnya.

Bekas suami pon, kalau ya tak suka. Dah tak mahu, dah tak ada perasaan sayang sekurangnya timbulkan lah rasa belas terhadap anak yang baru lahir tu. darah daging sendiri kot.

Berulang alik ke hospital sebab masalah kesihatan anak. Risau weh. Dulu Raudah sempat la setengah bulan ulang alik ke klinik. Sakit Kuning kan payah nak hilang.

Penat badan tu masih boleh berehat, tapi jiwa raga, emosi koyak tu kalau tak kuat boleh meroyan. Gila. Mungkin bekas suami tak paham dan tak pernah rasa sebab tu pandang remeh.

Bagi yang masih ada jodohnya, selalu la minta pada Allah dilindungi dan dipanjangkan jodoh. Jangan sebab kesilapan kita anak-anak menjadi mangsa. Anak-anak tak bersalah. Dan hak mereka untuk dapat kasih sayang dan perlindungan kita sebagai ibu bapa.