Nuffnang BH

Sep 23, 2016

Permohonan maaf Penarikan entri penutupan GMC

As Salam.

Pada Rabu lepas, 21 September saya telah dihubungi oleh pihak Gombak Medical Centre (GMC) (saya lupa nama saudara – maaf), yang meminta saya untuk menarik semula entri berkaitan penutupan GMC, membuat kenyataan mohon maaf atas kesilapan fakta yang dikongsi dan datang bertemu beliau untuk sesi penerangan lanjut.

Dan saya bersetuju untuk membuat pengakuan yang dijanjikan seperti dibawah;

Dengan ini secara rasminya; Saya pemilik blog rodiahamir.blogspot.com pernah memuat naik satu entri bertajuk kisah disebalik penutupan Gombak Medical Centre pada 11 August 2016 dengan ini dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf dan menarik semula entri berkenaan KERANA entri tersebut mempunyai kesilapan daripada segi fakta. 

Saya memohon maaf atas segala kesulitan yang telah timbul dan untuk sebarang soalan dan keterangan lanjut anda dinasihatkan untuk terus menghubungi pihak GMC.

Apa yang terjadi saya jadikan sebagai satu pengalaman dalam penulisan dan kehidupan.


Sekian Terima kasih. 

No comments: