Nuffnang BH

Sep 18, 2016

Lunch kat Bulgogi Brothers

As Salam,

Hari tu kakak kesayangan ajak makan bimbap kat Bulgogi Brothers kat Paradigm Mall. Untuk sesiapa yang rasa ragu-ragu tentang halal status Bulgogi ni eloklah jangan masuk. Untuk aku.. in sha Allah. Bukanla aku membabi buta makan sesuatu tanpa selidik. So tepuk dada tanya iman. Buat rujukan bukan hentam dan taram ok.

Meruap-ruap semangat dari office dah jenguk-jenguk blogger yang pernah pergi makan kat sana. Siap screenshot menu apa nak makan.

Harga dan service layanan tip top. Harga mampu bayar. Setimpal dengan kualiti. Kalau perasan restaurant Korea and Japan ni amat pentingkan kualiti makanan dan kesegaran. Tu sedap makan tu. Macam aritu aku makan set lunch.. ada nasi side dish, sup beef kimchi.. dia rasa masam-masam amat kena dengan tekak aku. Air pulak dia hidang teh jagung. Jatuh cinta terus ok. Nasi dia terpaling jatuh hati. Air n side dish boleh tambah banyak kali.

So layan jela gambar bawah ni.





Masih tak boleh move on.

No comments: