Nuffnang BH

Sep 27, 2016

Kisah berpelukan AF teguran ambil iktibar

Baca berita tentang artis perempuan yang ditegur ex artis sebab isu maksiat secara live tu. aku harap berita tu masuk la front page surat khabar esok. Jangan pilih kasih pulak sebab siarkan pasal isu tudung uqasha aje. Sekurangnya bila jadi tajuk utama, atleast pihak berkuasa bukak mata. Mana tahu nanti lahirlah program tingkatkan akidah manusia.  

Siapa tahu.
*screenshot abby


























Bila syaitan dah tak payah buat kerja syaitan ini lah jadinya. Bertepuk tangan syaitan tengok manusia berbalah. Pernah baca dalam buku Tarbiah Sentap by Adnin Roslan. Ada penerangan tentang dakwah secara berhikmah. Masing-masing boleh beli dan rujuk.

Bila baca apa yang keluar dari individu –individu terlibat ni nak mengucap panjang sudahnya. Sebab itu Islam menasihati untuk diam ketika sedang marah. Bahaya untuk akidah, bahaya untuk diri.
Seruan untuk ibu bapa, kakak, abang, adik. Jagalah akhlakmu. Jaga akidahmu. Dunia semakin mencabar. Ingatlah dunia semakin tua. Yang hidup akan mati. Dan setiap perbuatan akan ada pembalasan. Baik pembalasan untuk perbuatan baik mahupun jahat.

Kiamat tu wujud. Syurga neraka pon ada.


Aku juga masih mencari diri sendiri, mencari jalan yang benar menuju abadi. Diri sendiri pon tak baik mana pun. Beringatlah. Kalau sedar diri dari Allah cari la jalan dekatkan semula. 
*picture amik google