Nuffnang BH

Sep 28, 2016

Bila orang salah anggap penulisan kita

Bismillahirrahirrahim.

Kejadian minggu lepas dihubungi seseorang yang berkaitan dengan salah satu entry aku postkan berkaitan sebuah hospital. Kalau ikut hati ni malas nak throwback semula. Sebab rasa terbeban. Masa aku tulis entry tu niat aku nak bantu hospital tu clearkan nama (orang tak salah anggap atleast).  

Bila jadi macam tu semangat aku nak menulis dan berkongsi maklumat terbantut. Jadi malas. Malas cari masalah walaupun aku tahu aku dah buat dengan cara yang betul.

Tapi tadi terbaca entry di blog favourite – Hamka. Bagaimana nak jadi penulis? Apa sahaja yang jadi, apa yang kita alami kita tulis kat blog atau diari. Sekurangnya nanti boleh buat rujukan masa depan.

Pergi baca lebih la kat blog dia. Baru lebih paham.

Apa aku suka ialah pesanan Hamka:

Jangan takut salah tulis, jika takut salah tulis, nanti tak ada orang tahu salah anda dan matilah anda bersama ilmu yang salah. Tulislah supaya orang boleh tegur salah kita, atau kita boleh tegur salah orang atau paling kurangpun tegur salah diri sendiri, tertakluk pada mana mana yang tak salah-woha!


Jadi mari teruskan menulis.