Nuffnang BH

Sep 26, 2016

Berminat nak berniaga tapi tak tahu macamana

As Salam,

Alhamdulillah untuk kehidupan sekarang. Aku diberikan peluang untuk explore benda baru dalam hidup. Aku sibukkan diri dengan mencari sumber-sumber yang boleh bantu aku dan keluarga untuk teruskan kehidupan. berniaga. 

Niat aku nak bantu keluarga. Nak gembirakan orang. In Sha Allah. 

Aku sejak berniaga ni otak kemain ligat hari-hari fikir macamana nak survive. Kalau dulu kehidupan aku hanya pergi kerja, sibuk dengan hal anak-anak dan rumahtangga, pastu penat bekerja. Benda alah tu ulang macam forever dan ever macam selamanya.

Rezeki Allah nak bagi. Ketemukan aku dengan jalan-jalan yang aku pun tak pasti betul atau tidak. Aku main tala saja selagi aku tak jauh dari Allah.

Betul la orang kata. Sekali kau berniaga ni, Semangat ketagih dia tu Allahuakbar. Islam pon dah kata 9/10 rezeki tu datang dari perniagaan.

Dulu aku akui. Aku penakut. Sangat-sangat. Lama aku pendam. Lama aku tahan. Negative is everywhere. Aku langsung takut nak cuba.

Malu. 

Yes malu paling banyak. Padahal kalau kenal aku in person aku la orang paling laser dan tak malunya. Yes. Sebab aku ni jenis yang memang kaki bahan orang. Suka berlawak. Tak rasa aku kelakar  pun tapi orang selalu gelak kalau dengan aku. eh perasan. Hahahhah.

Sampai la satu masa aku terfikir. Kenapa orang boleh dan aku tidak. Aku banyak alasan sangat agaknya. Akhirnya umur nak cecah 31 tahun ni la baru aku start berjinak-jinak merpati menghampiri peluang perniagaan. Apa je dekat aku sambar.

Aku rasa faktor paling utama bila kau dah ada Semangat tapi kau hangat-hangat taik ayam je nak berniaga, tandanya kau kena berkawan dengan orang-orang yang juga punya minat sama iaitu berniaga.

Berniaga ni kena kuat Semangat. Kena selalu positive dan perlu kuat mental fizikal. Dan sebagai permulaan aku bermula sebagai dropshipper. Nanti aku sambung lagi pengalaman tak seberapa aku ni. 

In sha Allah.

Boleh la share sedikit sebanyak tips sebagai orang yang baru je nak mula menapak.
In sha Allah.


Moga membantu. 

No comments: