Nuffnang BH

Aug 1, 2016

Kebergantungan pada makhluk.

Assalamualaikum.
Semalam balik dengan perasaan marah. Sungguh.
Dengan badan penat, bawak barang berat. Emosi unbalance.

Marah sebab apa? Sebab manusia.

Dalam bilik air mulut kumat kamit masih mengeluh.
Otak ligat cari point nak salahkan orang.
Hati tengah panas macam tu la. Tak nampak langsung salah sendiri.

Perkataan toleransi, timbang rasa, memaafkan semua dah hilang.
Keluar bilik air baru lega. Dapat lepaskan marah.
Hasutan syaitan stop sekejap.

Tapi dosa dah tercatit. Tak boleh undur semula.

Istigfar dan fikir.

Dan saat itu, Allah hadirkan perasaan “kebergantungan”.
Kenapa perlu berharap dan bergantung selain daripada Allah.
Teguran Allah. Malu rasanya. Tepat pada masanya.

Berkali Allah tegur, jangan mengaharapkan balas pada manusia.
Kelak pasti kecewa. Tak akan pernah bahagia.
Jadikan iktibar.



No comments: