Nuffnang BH

Aug 6, 2016

#honestreview Philips Steam Generator Iron


buah hati baru
As salam,

Sejak aku kecik memang selalu aku berangan nanti dah besar nak rumah besar, TV besar, peti ais besar. Pendek kata semua besar. Pastu alat-alat elektrik dengan perabot semua canggih dan mahal.  Begitu sekali impian tapi tak pernah terfikir pon mampu ke nak dapat? Hahhahah. Dah besar, berkahwin dan menjadi mak orang ni aku slow-slow cuba penuhi impian tu.

Baru-baru ni setelah sekian lama aku pendam dan baca je status kat FB orang beli iron Philips kegilaan wanita-wanita seluruh dunia (over) akhirnya dapat juga aku hadiahkan Philips Steam Generator Iron GC9622 + Free Iron Board (400g Steam Boost) untuk diri sendiri. yeaa. Alhamdulillah.

Aku tak yakin nak join kutu kat FB beli iron ni so kumpul la duit sendiri. dengan prinsip, sikit-sikit akhirnya cukup jua tabung. Kih3.

Sebelum aku ni aku dah pernah beli steam iron yang sangkut tinggi tu, pakai dua tahun pastu kecundang siap tangan kena wap panas. Pernah guna Iron biasa mak-mak kita dulu pastu pernah terpengaruh beli iron yang orang promote kat shopping mall tu. macam travelling iron.  Tapi tak practical langsung dan mahal.

ni la iron yang aku terpengaruh tu.
mahal ok melayang rm250
Sepanjang 5 tahun kahwin, suami iron sendiri baju and seluar kerja sebab aku tak suka iron kemeja. Boleh buat aku stress. Migraine ok. tapi sekarang dengan rela hati aku ironkan. Suami juga tersenyum gembira. Hahhahah.

Iron Philips ni ringan, board besar gedabak senang nak iron, pastu tak yah nak beria gosok. Cepat je hilang kedut. Shawl dua muka pon kacang aje nak iron. Semua jenis kain amatlah senang digosok tanpa risau terbakar.  

Seminggu punya baju untuk aku dan suami tak sampai sejam nak kena berdiri. Jimat tenaga, jimat elektrik, sihat tubuh badan dan berganda pahala tolong iron baju suami.
Lepas ni menabung untuk penapis air beralkali. Dah aim brand yang aku suka. So jom start menabung.

handsomenya..
macam-macam la yang bagusnya..