Nuffnang BH

Aug 5, 2016

Hokkaido Baked Cheese Tart yang sedap

As salam,

Tadi ada urusan di KLCC, masa nak touch card ke arah train ternampak satu booth kecik tengah jual tart.

Nama tart tu ialah Hokkaido Baked Cheese Tart. 
nak tahu lebih lanjut sejarah semua boleh baca kat website dia.  

Cantik je susunan tart tu seolah-olah memanggil suruh dibeli. Hiihihih.
Aku memang suka makan tart. Kalau pergi bakery mesti cari Portugese Egg Tart.
Rasa lemak-lemak dia yang buat termimpi-mimpi.

Amboi over explain pasal tart hahahhah.

Sesuai sangat untuk siapa gilakan cheese sebab dia letak 3 jenis cheese dalam tu.
Memang lemak berkrim. Boleh dimakan ketika hot, frozen [rasa macam ice cream], chilled or room temperature.

So far aku suka masa dia warm2 gitu..cheese cair. Meleleh.

Kedai dia di Malaysia ni ada kat Avenue K, Berjaya Time Square, Sungei Wang Plaza and later dia nak buka kat Sunway Pyramid.

Untuk satu tart dia jual rm5.80. beli 6 dapat lagi murah.

So cuba la beli dan rasa. Pasti puas hati.