Nuffnang BH

Aug 23, 2016

dan bila kau meminta untuk menjadi kuat

Dugaan semakin banyak kau mintak kat Allah nak jadi kuat.

Ceritanya bila kau dilimpahi berjuta nikmat rezeki yang Allah beri. Tak kira pasal kesihatan, hal keluarga, hal makanan. Semua Allah bagi free.

Dan kemudian kau meminta lagi. Ya Allah jadikan aku hamba yang kuat hati nya, kuat menempuh dugaan hidup, kuat berdepan manusia-manusia yang mencabar dan kuat dari segala segi.

Dan blink..

Anak kau ditarik nikmat sihatnya, ditarik selera makannya. Merengek tak ke sudah. Hilang selera makan dan main nya. Lagi teruk. Bila isi perut ditarik keluar. Maka berjejes lah rumah. tunggang langgang bagai tongkang pecah. Kelam.


Selesai hari pertama. Di tengah malam. Pada malam kedua, anak kedua pula memulakan cerita. Percayalah, Allah amat sayang hambaNya.

Selesai segalanya. Kau di ajar kuat melalui ujian yang Allah kirim. Kuat akhirnya. 

Kau yang minta untuk kuat maka Allah bagi cara dan jawapannya. Dan kini kau dapat apa kau pinta. Nikmat Allah yang mana yang kamu dustakan?

No comments: