Nuffnang BH

Jul 15, 2016

Tangani masalah pedih ulu hati semasa mengandung - tips tambahan

As salam.

Masa mengandung anak pertama dulu aku ada share tips nak kawal masalah pedih uluhati semasa mengandung.

Dah mengandung anak kedua selepas lima tahun pun aku masih alami perkara yang sama. Tapi sekarang dah ready nak tackle masalah tu. Belajar dari pengalaman lalu. Chewah.

Aku malas nk ulang tips yang sama sebab boleh refer semula entry aku yang dulu. Apa yang boleh aku tambah ialah..

  • Minum or telan Jus Delima. Paling serasi dengan aku ialah jenama Gulsan. Pekat dan masam. Dah cuba jenama lain tapi agak cair. Harga kat Cold Storage KLCC dalam RM16. Kat kedai lain boleh dapat semurah RM12.


Apa aku buat bila terasa pedih je terus aku telan sesudu besar jus delima. Alhamdulillah sembuh. Dan memang sepanjang mengandung aku memang amalkan dua sudu jus delima setiap hari.
Hasilnya; kulit baby jadi cantik dan bersih.

  • Setiap dua jam atau lebih pendek masa lebih bagus mesti kunyah sesuatu. Pilih makanan yang sihat dan simple macam kurma. Makan sebiji dan minum air masak.


  • Selain coffee,tea, nescaffe ada caffeine dan memang la kena elak sangat-sangat (derita untuk coffee addict mcm aku) MILO adalah penyumbang kepada caffeine juga. So a big NO for me. Minum milo automatic akan sakit.


Semua tak boleh minum jadi pilihan aku hanyalah nestum, susu segar etc. tapi itu pun kena berpada-pada.

Apa aku share ni berdasarkan pelbagai eksperimen aku buat kat badan sendiri. apa yang sesuai makan dan apa patut aku elak. Bagusnya belajar la tentang tahap kesihatan diri masing-masing. Lagi mujarab. Paling PENTING segala kesembuhan datangnya dari ALLAH. Allah izinkan maka sembuhla. Kita ikhtiar ok.


Harap membantu. 

credit google image

No comments: