Nuffnang BH

Jul 25, 2016

Penyakit was-was dan aku

As salam

Aku rasa aku dah kena satu penyakit. Penyakit hati. Penyakit was-was.
Ragu-ragu dan ingat-ingat lupa. Kalau dulu selalu syaitan kacau aku jadi was-was masa dalam solat.
Lupa rakaat keberapa, baca tahiyat awal ke tidak dan soalan-soalan seangkatan dengannya.

Dan bila usia meniti ke 31 tahun ni pulak penyakit was-was kategori lain pulak muncul.
Paling teruk aku was-was aku masa ambil wudu’ tadi aku basuh kaki ke tak?
Puncanya ada satu ketika lama dulu aku terlupa basuh kaki masa amik wudu’.

Lihat betapa tidak kusyuknya aku.

Aku sedar masa aku nak angkat takbir. Dan memang sah aku terlupa sebab kaki aku kering je.
Start tu la aku mengesyaki diriku yang lalai.

Ya atau tidak.

Kebiasaanya aku akan mula syak wasangka bila dah selesai solat.
Eh..tadi wudu’ basuh kaki ke tak???  hahahhhahah
Sekali lagi syaitan bijak mainkan peranan dia.

Kuang ajar syaitan eh.

Aku tak tahu orang lain tapi aku rasa syaitan nak lemahkan aku part tu.
Untuk elak lupa rakaat keberapa solat tu aku amalkan tip aku rancang nak baca surah apa pada rakaat solat.

Plan sebelum solat lagi.
Contoh rakaat pertama aku baca Al Fatihah dengan surah Al Baqarah.
Dan seterusnya.

Lama-lama penyakit tu hilang sebab aku jadi lebih kusyuk. Alhamdulillah.
Tu syaitan sakat bab lain pulak tuh.

Kan syaitan dah janji nak goda manusia suh ikut sekali masuk neraka.
Moga kita tergolong dalam golongan yang dijemout jadi tetamu syurga.
Aamiin.

credit google image: anugerahquran fb

No comments: