Nuffnang BH

Jul 29, 2016

Buka Aib

Buka aib

Kisah benar:

Seorang perempuan.
Tangkap gambar untuk simpanan peribadi dan gambar tersebar ke group rakan sekerja – department. Ada orang bawahan dan pihak atasan.

Waktu gambar di sent, individu sedang sibuk berdiskusi dan telephone tinggal di rumah.
Betul ke iphone boleh buat kesilapan macam tu? atau whatsapp? Atau apa?
Macam-macam teori keluar, macam-macam cakap di dengar.

Kenapa ambil gambar macam tu? apa motif ambil gambar tu?
Ada juga kata-kata nakal, untuk siapa gambar itu?

Apa jua alasan, apa terjadi Allah punya kuasa.
Untuk kita yang tak kena; Allah masih belum buka aib kita.

Bayangkan kalau kita di tempat dia??
Mana nak letak maruah kita?

Kadang-kadang, Allah reka..bala datang untuk orang sekeliling kita walhal ujian sebenar adalah untuk kita.


Wallahulam. 

Jul 27, 2016

#helpbabyAmmar by Telekung Projeck

As Salam, 

Jom tambah saham akhirat kita. Boleh click The Telekung Project untuk baca lebih lanjut. 

Baby Ammar berusia 4 bulan (ketika kempen ini) telah menjalani pembedahan kasai di hospital tempatan.Namun, pembedahan ini gagal dan baby Ammar perlu menjalani transplant hati di China dengan kos sebanyak RM 160k keseluruhannya.

Dengan pendapatan ayahnya yang bekerja mengambil upah membuat cincin perak dan ibu seorang surirumah adalah mustahil untuk mereka mengusahakan jumlah kos transplant yang tinggi. Baby Ammar adalah pertama untuk pasangan ini.

Kempen fundraise ini hanya akan dijalankan selama 7 hari sahaja bermula 25 Julai 2016 (jam 8.00 pagi) dan akan tamat pada 1 Ogos 2016 (8.00 pagi).

Kepada yang ingin menghulur sumbangan boleh melalui:

 CIMB Telekung Project
(8600 56 3331) / Pertubuhan Kebajikan Telekung Projek

 MBB Admin Telekung Project
(5127 7250 1950) / Norazila Abdul Aziz

(Optional ) Emailkan transaksi sumbangan kepada telekungproject@gmail.com dengan menyatakan TRANSPLANT AMMAR

SMS/Whatsapp transaksi melalui +60193597733, +60197357151
   PALING PENTING; ISIKAN BORANG DIBAWAH UTK REKOD AUDITING KAMI.
https://fs30.formsite.com/telekungproject/TRANSPLANTAMMAR/index.html

OLEH YANG DEMIKIAN ADMIN PERLUKAN BANTUAN SAHABAT SEMUA UNTUK;

1. SHARE POSTING INI SEBANYAK MUNGKIN di FB, INSTAGRAM, WHATSAPP (sebab FB ads ni strict, kalau poster tu wording banyak dia tak nak boost, dan boost diperlukan utk kempen-kempen yang urgent, sebab baby Ammar sangat-sangat perlukan bantuan sahabat semua. takde kos diperlukan jika bantu admin share post ini, TERIMA KASIH SEMUA SAHABAT YANG MEMBANTU)

2. DOA DOA DOA DOA DOA UNTUK BABY AMMAR AGAR BERJAYA MENGUMPULKAN DANA DAN MENJALANI TRANSPLANT DI CHINA PADA BULAN OKTOBER NANTI.

Terima kasih kepada semua yang sudi bersama-sama membaca dan membantu baby Ammar ini.
Semoga amalan kebaikan dan kebajikan yang dilakukan ini diterima Allah, Amin. JOM SEBARKAN, admin perlukan ihsan sahabat semua utk kongsikan KEBAIKAN ini…..

Salam Ukhwah,

Jul 26, 2016

PENIPUAN PELABURAN OLEH SYARIKAT HIGHWAY GROUP / RICH HERITAGE.

As'salam

OPERASI NURI 2 ( 2016 )

PENIPUAN PELABURAN OLEH SYARIKAT HIGHWAY GROUP / RICH HERITAGE.

MASTERMIND
1. Dato Seri Zawawi b. Yas
    48 th. Alt. Tanah Merah,
    Kelantan.
   ( Pengasas )

2. Dato Azir b. Abu Samah
    43 th. Alt. Shah Alam, Sel.
    ( Buka pasaran kpd
      Orang2 Cina di Penang ).

( Gelaran2 dibeli dari Tgku  
   Chik, Perak ).

Bil. Keahlian: 500,000 orang
Kutipan: RM 35,000,000
Tiada rekod pendaftaran yg teratur dan hilang kawalan.
Mangsa kebanyakan guru dan artist.

STRUCTURE
Board Members
District Supervisors
Leaders
Agents
Members.

( A ) TANGKAPAN 
Pada 20/7/2016. Bahagian Operasi, Risikan, Teknikal, Jsjk Bukit Aman & Pksb & Amla,  serta bantuan RO Melaka, Pahang, Kelantan, P/Pinang. Berjaya tangkap ( 14 ) Ahli2 Sindiket termasuk masterminds. 9 lelaki & 5 wanita.

( B ) SENARAI TANGKAPAN
1. Dato Seri Zawawi b. Yas
    48 th. Alt. Tanah Merah, Kelantan.
    ( Peranan: mastermind ) 

2. Dato Azir b. Abu Samah.
    43 th. Alt. Shah Alam, Sel.
    ( Peranan: mastermind Kegiatan di Penang ).

3. Adlin bin Aman Ramlie
    44 th. Alt. Cyberjaya, Sel.
    ( Artist/ pelakon - Adik AR Badul. Anak Tompel )
    ( Peranan: Melindungi mastermind. Sediakan rumah dan kemudahan2  lain.    

4. Ronzi bin Buang. 
     47 th. Alt. Ketereh, Kelantan.

5. Shahrul Azli b. Aibadillah
    38 th. Alt. Machang, Kelantan.

6. Arkeh bin Jusoh
    46 th. Alt. Ketereh, Kelantan.

7. Noraznita bt Abd. Rahmat
    40 th. Alt. Kuantan, Pahang.
    ( Peranan: Mengurus Akaun Syarikat Highway)

8. Mohd Yuhanis b. Mustaffa
    30 th. Alt. Machang, Kelantan.

9. Rilawati bt. Idris
    43 th. Alt. Durian Daun, Melaka.

10. Rosmah kertini binti Abdul Rahim.
    39 th. Alt. Selangor.

11. Che Esah binti Hussein.
      47 th. Alt. Tanah Merah, Kelantan.

12. Quah Tiew Beng
       58 th. Lelaki Cina.
       Alt. Georgetown, Penang

13. Catherine Gan Suat Yuen
      28 th. Wanita Cina.
      Alt. Wakaf Baru,Kelantan.

14. Cheng Kit Chai.
      28 th. Lelaki Cina.
      Alt. Georgetown, Penang.

( C ) RAMPASAN
( 9 ) buah kereta di sita: Range Rover Evoque, Mercedis, Honda Accord, Volkswagen, Toyota Caldina, Toyota Prius, Toyota Vios,  Proton.
Nilai: Hampir Rm 1 Juta.
Barang2 kemas, bag2 jenama utk sitaan db Amla.
Sejumlah buku2 bank, kad2 bank, borang2 pelaburan, talipon, komputer.

( D ) KES2 SELESAI
Laporan Polis 2016: 175 
KS/ IP di buka:          14
Kerugian: Rm 10.5 Juta.

( E ) GAMBAR2 DI KEPILKAN.
Makloman Ydh Dato Seri, Dato2, Tn2, Pn2. T/ Kasih
TP RO


Jul 25, 2016

Penyakit was-was dan aku

As salam

Aku rasa aku dah kena satu penyakit. Penyakit hati. Penyakit was-was.
Ragu-ragu dan ingat-ingat lupa. Kalau dulu selalu syaitan kacau aku jadi was-was masa dalam solat.
Lupa rakaat keberapa, baca tahiyat awal ke tidak dan soalan-soalan seangkatan dengannya.

Dan bila usia meniti ke 31 tahun ni pulak penyakit was-was kategori lain pulak muncul.
Paling teruk aku was-was aku masa ambil wudu’ tadi aku basuh kaki ke tak?
Puncanya ada satu ketika lama dulu aku terlupa basuh kaki masa amik wudu’.

Lihat betapa tidak kusyuknya aku.

Aku sedar masa aku nak angkat takbir. Dan memang sah aku terlupa sebab kaki aku kering je.
Start tu la aku mengesyaki diriku yang lalai.

Ya atau tidak.

Kebiasaanya aku akan mula syak wasangka bila dah selesai solat.
Eh..tadi wudu’ basuh kaki ke tak???  hahahhhahah
Sekali lagi syaitan bijak mainkan peranan dia.

Kuang ajar syaitan eh.

Aku tak tahu orang lain tapi aku rasa syaitan nak lemahkan aku part tu.
Untuk elak lupa rakaat keberapa solat tu aku amalkan tip aku rancang nak baca surah apa pada rakaat solat.

Plan sebelum solat lagi.
Contoh rakaat pertama aku baca Al Fatihah dengan surah Al Baqarah.
Dan seterusnya.

Lama-lama penyakit tu hilang sebab aku jadi lebih kusyuk. Alhamdulillah.
Tu syaitan sakat bab lain pulak tuh.

Kan syaitan dah janji nak goda manusia suh ikut sekali masuk neraka.
Moga kita tergolong dalam golongan yang dijemout jadi tetamu syurga.
Aamiin.

credit google image: anugerahquran fb

Jul 18, 2016

Cuti dah habis dan kembali bekerja

As salam

Ermm sekarang Raudah Sakinah dah nak masuk 2 bulan.
Perangai boleh tahan. Kuat menjerit. nak menangis lepas sekuat hati.
Dia tak peduli apa dah. Tak boleh berpeluh, tak boleh panas, tak boleh lambat.
Eh macam perangai aku je..hahahhaha.

So far we managed nak handle Raudah in public dalam masa 1 hour sahaja.
Lepas 1 hour rasa seram sejuk nak balik rumah. takut dia meragam.
Cabaran tuh.

Macam hari tu ada urusan rasmi di kaunter KWSP. Bayangkan kesusahan tu.
Kami je yang bawa anak kecil.
Maaf. Tak ada pengasuh available yet on that day.
Alhamdulillah urusan berjalan lancar.

Tapi fobia kot.

Macam semalam, keluar beli barang-barang baby. Memang 3 kali aku ulang alik ke kereta.
Suami jaga Raudah dalam kereta. Dia menangis keras.
I is cannot tapi kena bertahan jugak sebab barang-barang memang kena beli.
List dah buat. But u know, shopping memang kena compare harga, quality semua. Memang macam lipas kudung pilih semua.

So apa yang aku belajar after anak kedua is.. management.. time management, kerja rumah, masak etc.
Once I failed follow scheduled, memang tunggang langgang.
Ibarat peluang datang hanya sekali and no turning back.
Macamana la mak aku boleh jaga aku adik beradik yang sepuluh orang ni dengan jarak umur yang tak jauh.
Berderet oi. Mau gila kalau tak tabah.

Dan kemanisan bercuti dan sampai ke penghujung. Dah tak boleh bersuka ria duduk rumah gomol Raudah.
Esok dah masuk kerja semula. Kena hadap rutin harian pergi balik bekerja.

Cuba yang terbaik. Walau hati tak rela. 
Ni la dilema mak-mak bekerjaya. 

Mama Mata Panda

Jul 16, 2016

Sebut biar betul.. baru tahu

















Bila BNM revise BLR

As salam,
Ok tertarik nak share penerangan dari saudara Faiz Pire kat Facebook dia tentang BNM turunkan BLR.
Panjang tapi mudah nak paham.

So. Dah dengar kot semalam cerita Bank Negara cut interest rate.
Memang sebelum ni orang dok cakap-cakap dah there will be a cut. Tapi market dok expect masa meeting bulan Sept nanti.
Tup tup, meeting semalam dah cut. Hmm. Boleh tahan jugak governor baru kita ni.
Compare dengan governor Zeti dulu, dia akan bagi hint sebelum dia execute apa-apa. Governor baru ni terus je. Takde hint-hint. Sebab tu market was caught by surprise. Takpe. Memang style dia macamtu kot.

Ok. So semalam Bank Negara cut interest rate by 25bps. From 3.25% to 3.00%.
Positive ke negative?
Bergantung pada siapa yang bertanya.
Untuk ‘man on the street’ macam kita, lower interest rate = cheaper borrowing cost.
Interest untuk loan akan lebih rendah lepas ni. Aku tak sure quantum dia banyak mana, tapi akan ada penurunan lah. Korang yang kaki property yang rumah main juta-juta tu, banyak la kot kurangnya bayar bulan-bulan lepas ni.

Macam tu jugak dengan loan kereta. Aku taktau sangat pasal commercial bank, tapi sepatutnya loan kereta akan jadi lebih rendah la (untuk loan baru. Existing hire purchase takde effect rasanya, sebab dah fixed). Taknak beli Civic baru keww??
Tapi untuk investors, berita interest rate cut ni tak syok sangat pada diaorang. Sebab bank akan rendahkan pulangan investment.
Katalah sebelum ni kalau buat placement, dapat 3.40% (p.a.). Bila interest rate cut, return akan jadi lebih rendah, contoh 3.00% (p.a.) saja. Bayangkan kalau kita invest RM2-3 juta. Banyak jugak yang kita dah rugi tu kan?
Itu untuk soalan positive atau negative berita ni.

Soalan seterusnya, kenapa Bank Negara cut interest rate? Why?

First, kita kena tau basic principle ni—kalau ekonomi bagus, berkembang terlalu pesat, interest rate akan dinaikkan.
Tapi kalau ekonomi slowdown, interest rate akan dikurangkan.
Kaitan dia macamni.
Bila ekonomi terlalu pesat -> company/kilang untung banyak -> gaji pekerja naik, bonus 24 bulan -> apa akan jadi?
Semua orang akan ada banyak duit. Bila duit terrlalu banyak dalam pasaran, nilai duit jadi macamana?
Nilai duit akan jatuh. Itu yang kita panggil inflasi.
Sebab semua orang ada duit. Lepas tu, peniaga akan buat apa?
Peniaga akan naikkan la harga. Ala-ala macam bid la. Sapa yang ada duit lagi banyak, dia la yang dapat beli barang. Hasilnya, harga barang naik lebih tinggi.

So, antara cara untuk kawal inflasi, adalah dengan menaikkan interest rate.
Macam aku cakap tadi, interest rate tinggi = higher borrowing cost.
Orang akan mula kawal perbelanjaan. Nak buat loan pun pikir dua kali, sebab interest dah mahal. Yang rasa tak payah tu, cancel je terus, tak jadi pinjam.
Orang akan mula simpan duit. Invest balik sebab macam contoh aku bagi tadi, return pun akan di adjust jadi lebih tinggi.
Ok?

Itu cerita macamana nak handle kalau ekonomi kita berkembang pesat.
Kita reverse pulak.
Kalau ekonomi kita makin selow?
Terbalikkanlah. Rendahkan interest rate balik.
Bila borrowing cost rendah, nanti adalah yang gatal nak beli kereta baru, nak buat loan untuk besaqkan dapur, start business baru, etc…
Maknanya apa?
Semua aktiviti ni akan stimulate balik ekonomi yang selow tadi. Salesman kereta dapat la komisyen bila kereta ada orang beli. Contractor ada la job bila kita suruh renovate dapur….
Nampak tak?
Dan itu lah yang berlaku sekarang.

Turunkan interest rate ni adalah salah satu cara nak galakkan kita untuk spend. Langkah lain kita dah buat e.g. bagi BR1M, implement gaji minimum, naikkan gaji govt servant, bagi bonus pulak lagi, rendahkan monthly contribution kat EPF, semua tu sebab nak bagi cash kat tangan kita, untuk kita belanja (stimulate the economy).
Kot-kot lah masih ada yang tak perasan, ekonomi kita makin selow sekarang.

Kayu ukur paling mudah adalah GDP (gross domestic product. Google lah. Jenuh kalau semua aku nak explain kat sini).
1Q 2015: 5.7%
2Q 2015: 4.9%
3Q 2015: 4.7%
4Q 2015: 4.5%
1Q 2016: 4.2%
Nampak tak trend sejak setahun yang lepas? Ya. Makin lama makin rendah.
Untuk GDP 2Q 2016, Bank Negara akan umum 12/08 nanti. Dok rasa area 4.0% ja.
Sekarang, dengan historical GDP figure kat atas ni, kita tau ekonomi kita memang makin lembap.
Kaitkan balik dengan yang aku tulis kat atas tadi.
Bila ekonomi selow?
Pandai. Kita turunkan interest rate. FYI paling rendah, interest rate kita pernah turun pi 2.0% (zaman gawat 2008-2009 dulu).
Cumanya yang kita concern sekarang, memang borrowing cost jadi murah. Tapi loan approval rate macamana pulak?
For example, kalau tengok stats (too bad I can’t share the charts here), credit card approval dah jatuh around 40% je (vs. 80% masa 2014).

Maknanya makin ramai orang tak layak nak dapat credit card/loan. Yang ni mungkin boleh kait dengan household debt pulak. Masing-masing dah banyak komitmen hutang. Tak layak nak buat loan baru. So tak guna jugak kalau interest rate rendah, kita tak layak nak utilize, kan?

Ha. Amacam? Rasa teruk ka ekonomi kita bila baca ni? Haha.
Tapi, to be fair, kita tengok orang lain sama.

Memang satu dunia pun macam ni lah pattern nya. Kalau kita rasa ekonomi kita teruk, baaaanyak lagi negara yang lagi teruk depa punya slowdown. Ada yang berisiko nak recession pun ada. Aku pernah tulis kan pasal negative interest rate haritu? Yang tak baca lagi, pi cari.

Baru-baru ni IMF downgrade GDP forecast untuk Eurozone (for 2016) from 1.7% to 1.6%. (Haa, cuba banding dengan GDP kita. Sebab tu aku kata economy growth kita around 4.0% tu ‘ok’ lagi laa). Sebelum tu IMF downgrade US economy, from 2.4% to 2.2%.
Nampak tak GDP orang lain macamana? Teruk kan? Sebab tu central bank negara masing-masing pakat dok peturun interest rate sekarang. Sebut ja mana. Singapore, Indonesia, Thailand, Philippines, Korea, Japan, semua cut interest rate.
Hmm. Panjang dah ni. Cukup la dulu kot. Kalau hangpa tak muntah, lain kali aku tulis lagi.

Sekian. 

Jul 15, 2016

Tangani masalah pedih ulu hati semasa mengandung - tips tambahan

As salam.

Masa mengandung anak pertama dulu aku ada share tips nak kawal masalah pedih uluhati semasa mengandung.

Dah mengandung anak kedua selepas lima tahun pun aku masih alami perkara yang sama. Tapi sekarang dah ready nak tackle masalah tu. Belajar dari pengalaman lalu. Chewah.

Aku malas nk ulang tips yang sama sebab boleh refer semula entry aku yang dulu. Apa yang boleh aku tambah ialah..

  • Minum or telan Jus Delima. Paling serasi dengan aku ialah jenama Gulsan. Pekat dan masam. Dah cuba jenama lain tapi agak cair. Harga kat Cold Storage KLCC dalam RM16. Kat kedai lain boleh dapat semurah RM12.


Apa aku buat bila terasa pedih je terus aku telan sesudu besar jus delima. Alhamdulillah sembuh. Dan memang sepanjang mengandung aku memang amalkan dua sudu jus delima setiap hari.
Hasilnya; kulit baby jadi cantik dan bersih.

  • Setiap dua jam atau lebih pendek masa lebih bagus mesti kunyah sesuatu. Pilih makanan yang sihat dan simple macam kurma. Makan sebiji dan minum air masak.


  • Selain coffee,tea, nescaffe ada caffeine dan memang la kena elak sangat-sangat (derita untuk coffee addict mcm aku) MILO adalah penyumbang kepada caffeine juga. So a big NO for me. Minum milo automatic akan sakit.


Semua tak boleh minum jadi pilihan aku hanyalah nestum, susu segar etc. tapi itu pun kena berpada-pada.

Apa aku share ni berdasarkan pelbagai eksperimen aku buat kat badan sendiri. apa yang sesuai makan dan apa patut aku elak. Bagusnya belajar la tentang tahap kesihatan diri masing-masing. Lagi mujarab. Paling PENTING segala kesembuhan datangnya dari ALLAH. Allah izinkan maka sembuhla. Kita ikhtiar ok.


Harap membantu. 

credit google image

Jul 14, 2016

Selamat Hari Raya.. Raya kan sebulan

As Salam.

Tahun ni turn beraya di Bera. #TeamRayaBera
Tema family aku kali ni warna merah.
Anak teruna kesayangan yang pilih.
Raya ketiga baru balik ke Melaka.

Diberi kesempatan menyambut Syawal dengan orang-orang kesayangan.
Walau Raya kali ni tak semua adik beradik dapat berkumpul tapi sambutan Syawal tu tetap meriah. Raya kali ni pakat duduk rumah je.
Kesihatan mak tak mengizinkan dan ditambah pulak aku yang baru habis berpantang.
Lagi pulak risau Raudah meragam.

Malam raya melepak kat beranda tengok jiran tetangga main mercun.
Siapa kata orang Malaysia miskin? Banyak je jiran tetangga aku bakar duit.
Kaya-kaya semua.
Selepas kaum adam selesai Solat Hari Raya
Maka aktiviti  Pagi Raya bermula dengan sesi bermaafan, bagi duit Raya ke anak-anak  saudara
dan sesi bergambar.
Makan sampai kenyang dan tunggu tetamu datang rumah.

Menu Raya seperti biasa ketupat palas, nasi impit, kuah kacang, lemang kukus dan sate.
Tahun ni kami malas berpenat.
Beli sate siap cucuk. Tinggal bakar je.

Itu jela cerita Raya kami. Apa paling penting dapat berkumpul dan buat mak gembira.
 Alhamdulillah.

Dikesempatan ni, aku sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Mohon maaf andai terkasar Bahasa penulisan.