Kes Cabul Kanak-Kanak 6 tahun

Rodiah Amir
0

Viral kat Facebook pasal suri rumah yang jadi saksi dan laporkan pada pihak polis kes cabul budak berusia 6 tahun. Berlaku di Kota Tinggi Johor.

Astagfirullahalazim. Masyarakat kita semakin tenat.  

Walau dalam FB tak mention pun apa agama saspek, tapi aku percaya setiap agama melarang keras perbuatan tu. Apa salah anak kecil tak berdosa tu. jadi mangsa kerakusan nafsu manusia. Syaitan.

Kes Cabul Kanak-Kanak 6 tahun

Aku ingat lagi, pernah dulu,aku habiskan masa lapang selepas SPM, aku sempat kerja sementara di kedai baju di Klang. Aku masih ingat masa tu cuti Tahun Baru Cina. Aku dan seorang lagi pekerja perempuan Melayu dipaksa bekerja.

sumber facebook

Pengalaman Diganggu Lelaki Gila Seks


Kebanyakkan kedai sebaris dengan kedai tempat aku bekerja tu tutup dan mujur kedai sebelah jual carpet  bukak. Atleast tak la sunyi sangat. 

Masa tu tak fikir langsung tentang keselamatan. Ye la. Kami berdua je perempuan. Buatnya perompak datang merompak acu pistol memang mati katak kat situ la.

Dijadikan cerita, di tengah hari yang panas lip lap ada seorang lelaki naik motorsikal dan tutup mulut dia dengan kain towel good morning (ni mak aku je yang panggil tuala good morning, pasai apa xtaw) pastu lalu usya line dua tiga kali depan kedai aku kerja.

Elok kali ketiga dia lalu dia berhenti betul-betul depan kami berdua dan tunjuk kemaluan dia sambil sengih-sengih. 

Walau muka dia separuh je aku nampak tapi kegembiraan terpancar jelas kat wajah dia. muka puas. Binatang sungguh. Masa tu kami tengah duduk area depan kedai sambil tunggu customer.

30 saat pertama aku terpegun tengok mamat tu sebab masa tu aku tak paham apa dia cuba tunjukkan. Aku cuma nampak dia tengah gerak-gerakan (kibarkan) sesuatu kat raga motor. 

Lepas satu minit baru sedar dia tengah syok bermain dengan kemaluan dia sendiri. Apa lagi terus menjerit la kami berdua. Kelam kabut pergi kedai sebelah minta tolong. 

Tak sedar air mata mengalir, tangan menggeletar, suara tersekat-sekat. First time kena macam tu. mamat tu terus blah, panik sebab kami menjerit.

Peristiwa itu la yang ajar aku kenal erti lelaki gila seks. Peristiwa hitam yang sampai bila-bila aku akan ingat. 

Syukur Allah selamatkan kami dan tiada perkara buruk berlaku. Dan aku terfikir, kalau la aku di uji seperti suri rumah tu, sesungguhnya sangatla berat bebanannya.

Aku doakan baik suri rumah mahupun adik tu di anugerah kekuatan lebih dari biasa untuk menghadapi ujian Allah ni. Dan juga untuk keluarga mereka yang terlibat. Allah Maha Mengetahui apa yang terjadi. 
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)