Nuffnang BH

Jun 18, 2016

Kisah lama - Throwback 2014 part 1

Pernah menulis dahulu tentang pelbagai rasa. Dah 2 tahun berlalu. Aku simpan dalam draft. Hari ni baru terdetik nak post.

#Throwback 2014; Impian

Tahun 2014 sebenarnya banyak impian. Impian nak memajukan diri dan keluarga. Tapi kalau setakat impian tanpa usaha memang tak tercapai la. Salah satu impian ialah menjana pendapatan dan menjadi lebih kaya. Kaya dari segi rohani dan jasmani.

Hari-hari cuba jadi positif dan elak aura negative. Nak rendahkan ego dan jadi manusia yang lebih baik. Banyak cita-cita tapi masa dan kesediaan diri tu macam kosong sangat.

Bila tanya pernahkah Solat Tahajjud sepanjang 28 tahun hidup? Malu nak mengaku. Solat hajat dan Istikharah pernah la buat dulu itupun bila nak exam, pastu bila nak berkahwin. Bila susah dan nak mintak sesuatu. Bila senang cepat je aku tinggalkan.

Wah manusia. Memang macam ni sikap. Nak yang terbaik. Nak kaya tapi selalu lupakan Pencipta.
Nak disiplinkan diri tapi selalu letak alasan. Payahnya macam suruh jogging keliling tasik titiwangsa. Ha macam tu la keadaan bila nak set diri supaya nak Berjaya. Contoh kat pejabat, nak siapkan report. Tapi bila pandang report, otak mula tak focus. Malas makin menebal. So kerja akan tertangguh. Pemalas.


#Throwback 2014; Rasa yang pedih.

Apa aku rasa hari ni tak akan pernah sama rasa untuk hari esok
Hari ini puas aku cium anak aku ikhwan hafeez
Entah esok lusa dia akan tolak aku

Mahu keadaan ini pegun, beku bia selamanya aku berpeluang cium dia
Bila dia semakin membesar, belajar banyak benda
Teringin nak rakam segala benda, setiap detik
Setiap hari tak pernah sekalipun dia lupa sebut “ sayang mama”


#Throwback 2014; Surat untuk abah

Assalamualaikum.
Kehadapan abah yang kini berada di alam lain. Semoga abah berada di bawah lindungan dan rahmat dari Allah s.w.t. Moga satu hari nanti kita sekeluarga dapat berjumpa. Rindu pada abah membuak-buak. Moga dengan izin Allah.


No comments: