Bersalin di Hospital Swasta atau Hospital Kerajaan?

Rodiah Amir
0

Sebelum aku menaip lebih panjang, tujuan entri ni adalah bukan berniat untuk memburukkan atau menjatuhkan mana-mana pihak yang disebut. 

Keputusan untuk Bersalin di Hospital Swasta atau Hospital Kerajaan terpulang kepada individu. Diharap entri ni dapat membantu orang-orang terlibat buat keputusan dekat mana nak bersalin. 

Bersalin di Hospital Swasta atau Hospital Kerajaan? 

Aku dulu memang dalam dilema masa nak pilih bersalin di Hospital Swasta atau Hospital Kerajaan. Banyak khabar angin baik mahupun buruk aku dengar. 

Kena banyak bertanya, membaca pengalaman orang kat blog-blog dan lagi bagus kalau pergi sendiri hospital tu untuk dapatkan info.


bersalin di hospital swasta atau hospital kerajaan


Anak pertama aku bersalin di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh. Masa tu tahun 2011, September. Pengalaman pertama kali bersalin 

Untuk anak kedua aku berpeluang bersalin di Gombak Medical Centre pada May, 2016. review GMC 

Kalau nak bandingkan antara dua hospital ni tak kisah dari segi apa pun memang macam langit dan bumi.

Kebetulan anak pertama aku dijangka bersalin lepas Raya, so memang bulat-bulat la keputusan aku bersalin di Hospital kerajaan je. 

Sebab dah alang-alang balik beraya. Untuk anak kedua aku lebih teliti. Dah tahu rasa bersalin di Hospital kerajaan so nak merasa lah pulak bersalin di swasta.

Perbezaan Kos Bersalin 


Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh – bersalin NORMAL. aku tak pasti wad kelas berapa (bilik 6 katil 1 bilik – kalau tak silap aku) dan aku hanya stay 2 hari 1 malam sahaja.

Makan tiga kali sehari, katil dan bilik air bersih, ada aircond, dibekalkan ubat luka (ubat basic). Bayaran masa check out adalah RM3. Ok murah sangat

Gombak Medical Centre – total Rm2,236. bersalin NORMAL. Single room untuk 2 hari 1 malam. Ada Tv, makan tiga kali sehari, attached bilik air, ada aircond, dibekalkan macam-macam ubat (sembelit, tahan sakit, ubat cuci pusat baby), dapat goodie back (newborn) dalam tu ada dua kotak kecik susu, segala sample barangan penjagaan baby. Kos cover sunat baby dan ubat tahan sakit masa contraction.

Proses bersalin 

Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh – sampai hospital dan buat CTG pada pukul 2 pagi dan bersalin dalam pukul 7.25 pagi. 

Disambut oleh bidan perempuan (tak tahu pangkat) sebab doctor semua busy. Masuk bilik khas sebab bilik bersalin pun penuh.

Masa contraction tanggung sorang-sorang dan suami hanya dibenarkan masuk ketika betul-betul masa nak meneran sahaja. Doktor lelaki yang check bukaan dan terasa sakit.

Tiada kata-kata peransang semasa nak meneran yang aku hanya dengar, kalau rasa sakit masa tu awak kena push sekuat hati, jangan angkat punggung nanti koyak besar, dan bengkokkan kaki awak dan pegang betis awak. 

Hampir putus asa nak meneran. Dalam setengah jam bertarung meneran. Rezeki bersalin disambut jururawat perempuan.

Lepas bersalin terbaring kat katil dan diletakkan sementara dalam bilik bersalin (agaknya) dan memang orang lalu lalang tepi aku. 

yang pasti ada katil ditutupi langsir dan aku boleh dengar orang merintih sakit dan suara doctor bagi arahan. Terbaring sepi dengan uri kat tepi. Sejuk woi.. tunggu pulak wad kosong.


Gombak Medical Centre – sampai pada pukul 4.30 pagi dan buat CTG dan bersalin dalam pukul 10.40 pagi. Bacaan Al Quran dipasang. Suami memang berada di sisi dari awal sampai semuanya selamat.

Lepas CTG masuk bilik menahan contraction bersama suami sementara tunggu waktu bersalin. Selesa dan bebas mengeluarkan suara kesakitan. Jururawat explain pakej bersalin dan kos tambahan jika perlu di ambil.

Segala pertanyaan dan permintaan dijawab dan dilayan baik oleh jururawat dan doctor. Check bukaan tak rasa sakit. 

Doctor Zana layan terbaik, perbuatan dimulai dengan Bismillah dan guide cara bersalin yang betul. Walau sakit tapi tak panik. Tak perlu push cukup sekadar batuk. Kurang dari 20 minit baby selamat keluar.

Aku rasa itu sahaja kot point utama yang perlu diambil kira. Kalau korang jenis hati keras, tahan sakit rasanya bersalin kat mana-mana tak kisah. Cuma berdoa la aurat kita terjaga setiap masa.

Bezanya kalau swasta kita bayar dan perhatian sepenuhnya pada kita. Kalau kerajaan kan ramai pesakit dan tak kan dia hadap kita sorang sahaja. 

Ini penting ya, sebab perasaan takut, tak tahan sakit, cuak, dan perasaan ingin tahu tu berlegar-legar tanpa henti sampai la discharge.

Apa perlu buat?


Niat dan meminta pada Allah.

Ini perkara utama. Tanamkan dalam hati dan lafazkan dalam doa supaya dipermudahkan dan dimakbulkan niat nak bersalin di tempat pilihan dan bayi disambut oleh doctor pilihan.

Bagi diri aku, dari sebelum mengandung aku berhasrat nak bersalin dan bayi disambut oleh doctor wanita. 

Banyak sangat aku baca mengenai isu aurat dan darurat bersalin di sambut oleh doctor lelaki. dapat atau tak belakang kira tapi niat dan doa mintak kat Allah memang kena mula sejak awal.


Kemampuan kewangan diri dan pasangan.

Bila dah ada niat, mesti diri dah ready nak mulakan tabungan. Buat tabung khas untuk cover cost bersalin. Simpan sebanyak mungkin. 

Kena ada anggaran cost bayaran bersalin andai kata berlaku sesuatu yang tak di ingini ketika proses bersalin. Bersalin normal, ceaser, epidural dan lain-lain.

Ukurlah baju di badan sendiri. Lepas bersalin akan guna banyak lagi duit. Nak besarkan anak bukan tempoh sekejap. 

Banyakkan doa, dimurahkan rezeki. Semua itu Allah yang berikan. 

Aku doakan semua bakal-bakal ibu dipermudahkan segala urusan dan enjoy every moment. Jangan stress sebab apa yang berlaku tak boleh ulang semula. 

Mintala pada Allah. Kita merancang dan Allah yang menentukan sebab Allah sebaik-baik perancang.


Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)