Nuffnang BH

Jun 2, 2016

Bantuan kecemasan - Urutan breast bengkak atau Bengkak susu

As salam,

Kalau perasan entry aku sekarang banyak pasal hal bersalin dan berpantang dan anak. Kena paham la sebab tuan blog tengah alami fasa berpantang. Apa yang rasa berfaedah dan menarik aku share la. Harap tak bosan la baca.

Untuk wanita yang lepas bersalin, masalah tiada susu badan, breast bengkak, dan sembelit adalah antara masalah utama yang selalu melanda. Kalau dah kena sekali nak elok memang payah. Aku memang tak terkecuali.

Untuk entry kali ni aku nak share pasal urutan breast bengkak. Atau orang kampung aku panggil bengkak susu. Sesiapa pernah alami tahu la macamana seksanya bila breast bengkak sebab susu. Masa anak pertama dulu aku sampai demam menahan sakit.

Untuk anak kedua aku kena jugak masalah ni. Dah lima tahun tinggalkan amalan berpantang so apa lagi memang google ajela cari penyelesaian. Cuba cari tips dan cara paling mudah nak sembuh. Walaupun aku dah selesai urut badan 3 hari berturut-turut tapi breast masih lagi sakit dan bengkak.

Sebelum aku buat apa google suggest, mak aku suruh aku tuam breast dengan ice pack. Kalau ikut pembacaan aku, tuam breast ni untuk lembutkan urat dan lancarkan saluran susu. Boleh buat dua cara, tuam dengan hot pack atau cold (ice) pack. Ice pack ni ada je jual kat farmasi. Boleh cari. Aku dah try kedua-dua cara, dan lebih selesa dengan ice pack.

Bila dah setel tuam dengan ice pack breast dah kurang sakit dan urat pon dan lembut sedikit so aku continue dengan cara urutan yang aku jumpa dekat web Dr Zubaidi. Dr ni selalu aku refer kalau ada masalah berkaitan kesihatan wanita. Aku baru buat sekali. Alhamdulillah ok. Dengan izin Allah aku semakin sihat.


Untuk korang ikut je cara urutan tu. sapu la minyak untuk memudahkan korang urut. Harap membantu. Selain hilangkan rasa sakit bengkak, pengeluaran air susu pon lancar. Bila lancar masalah bengkak pon akan hilang. In sha Allah. Cubalah. 

Step pertama:

Step Kedua:


Step ketiga:


Step keempat: