Nuffnang BH

May 5, 2016

Video confession perempuan gemuk yang emosi sebab krim kurus tak panas . Bella.

Assalamualaikum semua.

Pagi tadi tengah belek-belek FB terumpa Video Si budak Pompuan nama Bella.
Kelakar la hoi. Dia marah penjual product Melayu yang menjual product untuk kurus.

Aku syak seller tu recomend dia cream sapu-sapu terus kurus agaknya.
Sebab Bella complaint pakai tak panas pun. Macamana nak kurus.

Mungkin dalam otak bella fikir bila panas akan membakar lelemak di badannya.
Paling kelakar sekali pakai terus nak kurus ye pompuan?

Ko ingat magic ke apa?

Hoi tak panas la bagus. Aku ni dedulu pernah try jugak cream nak kurus bagai ni.
Usia muda kan, cepat la terpengaruh mana tahu kot berkesan.

Sudahnya pakai sekali aje.
Aku pakai malam tu macam nak meninggal effect dia punya panas dan menghakis.
Kena pulak peluh. Perghh bagai kulit di curah acid. Hahahhahha.

Sekali tu jela pakai. Pastu aku give up. Buang duit aje.
Mahal ok. Dalam RM160.

Pastu usaha aku nak cantik tak pernah pudar, aku terpengaruh beli pulak collagen.
Si Hanis Zalikha jual tu, masa tu yang serbuk taw. Tak ada cecair yang macam sekarang.

Tourjours ke apa nama.

Aku dapat minum dua kali aje. Sebab dia rasa sisik ikan.
Bluek nak muntah. Itu mahal jugak tu hahahhaha.
End up aku kasik kawan aje. Tahu dak suami mahu marah.

Bila umur cecah 30 an ni, memang perasaan nak cantik kurus semua ada dik non.
Semakin meninggi nafsu nak cantik tapi masih sedar diri.

Kalau makan tak ingat dunia, malas nak exercise celah mana nak kurus woi.
Pastu supplement ni bukan la 100% penyumbang terus ko cantik.

Apa-apa nak buat kena ada ilmu. Bukan percaya 100% iklan kurus cantik ni.
Aku kesian jugak kat dia kena bash dengan netizen.

Tapi aku lagi kesian bila dia keluarkan kata-kata amarah kecam produk Melayu.
Pastu siap bongkak ada 10K la itu ini la.

Adui. Tak perlu dik non. Tak perlu la sampai begitu.

Ini semua ujian. Ujian untuk kita.
Generasi kita dah semakin hilang adap sopan. Malu tu tiada.

Islam semakin pudar. Mari sedar semua. Tengok diri dan anak-anak kita.
Hari ni hari Bella. Mana tahu esok keturunan kita.


Nauzubillahiminzalik.