Nuffnang BH

May 11, 2016

Menjelang detik 38 minggu kehamilan.

Assalamualaikum.

Hari ni genap 37 minggu 7 hari. Semakin berdebar nak menunggu saat kelahiran anak kedua. In sha Allah semoga semuanya dipermudahkan Allah. Macam-macam yang terlintas kat kepala. Bersalin pukul berapa? Sakit yang macamana? Ada dengan siapa? Sempat ke nak pergi hospital? Dan macam-macam imiginasi lain.

So far official submit surat doctor kepada HR adalah pada 5hb May lepas. Jadi 6hb aku mula bercuti atas nasihat doctor. Menunggu detik 27 May. Memandangkan aku berulang alik ke office dengan menggunakan public transport so decided untuk habiskan masa kat rumah sementara menunggu detik-detik melahirkan.

So here I am.

Jumaat lepas, 6hb check up mingguan di KK. Alhamdulillah semua ok. Darah kena ambil dan nurse cucuk di bahagian siku. Kena hantar lab untuk uji hb, platlet, etc. Nurse explain, ujian darah yang dihantar ke lab diambil pada awal kehamilan, minggu ke 28 dan 36.

Kalau cucuk biasa untuk tengok hb tu biasanya nurse cucuk di hujung jari sahaja. Kali ni check nurse puji sebab aku berjaya kekalkan sticker putih kat muka depan buku rekod tu. ada sticker putih, hijau, merah, kuning dan boleh google apa maksud sticker-sticker tu. putih so far tiada apa-apa masalah sepanjang kehamilan.

Senyum jela. Alhamdulillah. Memang rasa lain sikit mengandung kali ni.
Disebabkan aku ni penakut jarum dan masa kandungan pertama aku dapat sticker hijau disebabkan hb tak cantic so kali ni memang aku betul-betul menjaga. Kesedaran tu banyak sikit la berbanding mengandung kali pertama.

Untuk cantikkan hb, kawal nafsu makan, berat badan, pedih ulu hati aku memang amalkan jus delima. Jenama favourite aku Gulsan. Aku dah try jenama lain yang murah sikit tapi Gulsan juga tetap di ahti.
Alhamdulillah berat naik 10kg je kali ni berbanding 13kg masa first baby. Hb aku cantik aje. Pastu aku memang banyakkan makan iron tablet. Awal kehamilan aku makan obimin sebab folid acid buat aku mual. Dari 7 bulan ke atas aku makan VCO.

Disiplin kan diri untuk elak susahkan diri dan baby di kemudian hari. Kali ni mengidam makanan pun  tak adalah over sangat. Dapat dikawal. Cuam cepat menangis aje.
Cuma dugaan heart burn bermula kandungan 6 bulan, then stop jap 7 bulan dan datang semula pada kandungan 8 bulan. Dan now dua hari berturut menahan sakit. Makan jus delima pon sekejap je hilang. Hai la ujian.

14 may ni in sha Allah ulang tahun  suami ke 33. Kalau diizinkan mana tahu anak kedua lahir pada tarikh yang sama. Suami tak habis-habis ulang suruh anak dia keluar tarikh tu. in sha Allah tarikh tu jugak pergi check dengan Dr. Zana di GMC. Kalau makbul permintaan suami, senangla urusan. Sekali check dengan admitted terus. Amboi cita-cita. Hahhahaha.


Ok kalau diizinkan Allah aku menulis lagi. Semoga aku dipermudahkan urusan bersalin. Aamiin. 

2 comments:

Ieda Nuha said...

Salam, hye nnti boleh tak sis share pengalaman bersalin dengan dr zana. Sebab sy pon akn bersalin dgn dia, tp bln 7 ni. Sy doakan Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan.. :)

Rodiah Amir said...

wslm in sha Allah Ieda