Nuffnang BH

May 26, 2016

Honest Review: Doctor Zana Gombak Medical Centre - Pengalaman & Pakej Bersalin

As salam, very short update since ada request from reader yang nak tahu pengalaman bersalin dengan Dr Zana di Gombak Medical Centre. Hi Ieda, hopefully entry ni membantu since Ieda tak mentioned pon nak tahu part yang mana so I assume nak tahu bab admitted dan layanan semasa bersalin. hiihihih.

Alhamdulillah selamat melahirkan anak kedua; seorang princess pada hari Jumaat penuh barakah seperti yang aku idamkan. Tak ada la idam sangat tapi hati tergerak memang kata akan bersalin on Friday. Detail lain aku cerita entry lain.

Pakej Bersalin & booking:

Start jumpa Doc Zana since kandungan 7bulan, bayaran deposit Rm1000 dibuat pada check up ketiga, bayaran selebihnya adalah selepas selesai bersalin. Ada dalam 5kali appointment (kalau tak silap) berjumpa dengan Doc sebelum bersalin. Ikut syarat sekurangnya 2 kali. Kos setiap kali check up dari range Rm75- Rm120 (urine test, ctg, ultrasound & consultation – berbeza setiap kali check up).

Walau waktu menunggu lebih lama dari check-up di KK tapi oleh sebab factor layanan Doc Zana buat aku selesa, selamat, dan mesra. Tolak tepi penat menunggu. Datang awal kalau nak awal sebab ramai gila datang check up. Aku selalu amik hari sabtu.

Bayaran bersalin aku ialah Rm 2,236 dan disambut oleh Doc Zana. Kos cover - bilik Rm 1,800 untuk satu malam termasuk breakfast, snack after deliver, dinner. Bayaran bersunat baby Rm70, ubat cucuk tahan sakit Rm 100++, pampers memang banyak aku mintak so diaorg charge jugak dan etc. kalau nak epidural dia charge Rm1, 000.

*kawan aku admitted pada kandungan 36 minggu, then disambut oleh bidan kat GMC since doctor Zana tak available masa tu. untuk dua hari di wad ialah Rm2,200. Doctor & Bidan bayaran berbeza.

Bilik, Layanan, & kemudahan:

Aku admitted pada pukul 4.30 pagi dan sebelum tu aku dah call siap-siap doc Zana kata air ketuban dah pecah. Bilik aku dapat nama Teratai, ada TV, attached bilik air, sofa untuk yang menunggu, katil, locker, almari siap dengan sejadah dan kain sembahyang. Bilik semua selesa. Ada bilik yang aku perasan tak attach dengan bilik air so kena berjalan keluar la. Rezeki aku kat situ. Boleh bawak toto untuk tidur kat lantai bagi siapa yang menunggu nak bersalin.

Layanan dari doc Zana superb, mesra, ramah dan tak kedekut nak jawab semua soalan mengarut. Dia selalu baca bismillah pastu ayat-ayat dia kelakar dan tak buat kita panic. Itu penting ye. Bonusnya, Doc Zana seluk tak sakit. Ikut je cakap dia, in sha Allah ok. Layanan staff nurse kat sana jugak bagus. Tekan loceng terus datang kecuali waktu memang ada kes. Bilik lain memang banyak so jangan takut la sesak ke apa. Masa aku bersalin memang tak putus orang keluar masuk.

Kemudahan lain macam parking sangat ok untuk pelawat dll, kedai barangan baby Manjaku sangat dekat in case barang-barang ada tak sempat beli, kedai mamak, runcit etc. waktu melawat start 9.30 pagi sampai 9.30 malam. Memang adik beradik aku berkampung masa petang lepas aku bersalin tu. diaorang pun puji GMC.

Apa lagi nak share ye.

So far itu sahaja kot. apa aku tulis adalah berdasarkan layanan yang aku terima, aku lihat dan rasai. Lain orang lain pengalaman nya. Buat Ieda jangan risau, masa admitted akan ada staff nurse explain pakej, charge, waktu melawat, waktu keluar etc. Dia akan bagitahu harga sebelum buat. Seeloknya suami ada sekali untuk dengar.

Nanti jumpa aku share pulak pengalaman bersalin anak kedua. Harap membantu.

9 comments:

Alhafiz said...

Saya call GMC tadi. Mereka cakap mereka diarahkan tutup selama sebulan oleh KKm. Boleh saya tau ada masalah ke kat sana? Sebab sepanjang saya chekup sebelum ni ok je.

Rodiah Amir said...

alhafiz.. saya call last saturday utk cucuk anak. staff dia cakap masalah teknikal. tak pasti apa masalah. so far ok je GMC tu

akul said...

Kes Dr tak ikut SOP. Bayi meninggal semasa lahir. Wallahuaklam.

akul said...

Kes Dr tak ikut SOP. Bayi meninggal semasa lahir. Wallahuaklam.

Rodiah Amir said...

Allahuakbar tapi sahih ke?

Rodiah Amir said...

Saya dah update entry pasal kes tu dengan merujuk kepada doktor GMC. boleh refer https://rodiahamir.blogspot.my/2016/08/kisah-disebalik-penutupan-gombak_11.html

dear lisa said...

saya tak boleh nak view artikel tu, kenapa ye GMC tutup?

Rodiah Amir said...

hi @dearlisa saya dah pernah tulis entry pasal tu based on doctor Zana input but GMC management deicided yang fact saya tulis kurang sahih. Bukan bahasa doctor agaknya. so saya malas nak ambil peduli dah. Kalau nak penerangan lanjut boleh direct pm fb page GMC ye. mereka akan menjawabnya. harap membantu.

na-bi-lah said...

hi, saya dulu pon beranak di GMC. lebih baik kalau ada lif di sana. Lepas nak bersalin tu..terseksa turun tangga hehe