Nuffnang BH

Apr 26, 2016

risau..takut..nervous nak hadapi saat bersalin.

Assalamualaikum.

Huwaaa takut semua ada.
Esok genap kandungan 36 minggu.

Ramai yang seangkatan dengan aku dah menunjukkan tanda-tanda nak bersalin dan dah ada yang bersalin dah pon.

I am nervous gila.

Ada kawan baru dapat tahu last week yang baby dia songsang.
Pagi ni pergi check hospital dah dapat date appointment untuk ceaser.

Huwaaaa.

Dah menjengah 36 minggu perut dah besar, gerakan baby pon aku dah rasa kurang.
Cuak pon ye agaknya.

Ada rasa gerakkan tu tapi slow aje.
Puas dah cakap dengan baby.

Takut tak menentu la. Google pengalaman orang memang kurang sikit dah gerakan
Mungkin sebab space tak banyak dalam perut.

Teruskan nak positive tapi lemau aje.
Bila tanya diri sendiri nape cuak? 
Tak ada jawapan pon. 
Ke cuak sebab orang lain cuak? 

So far persiapan dah 80% setel. 
Sikit-sikit lagi nak pack masuk dalam beg nak bawak g hospital. 
Ya Allah mudahkanlah urusan aku bersalin. 

Now dah dapat sindrom malam tak leh tidur. 
Tidur lambat sebab risau. 

So bila pagi mula la mata pedih sebab mengantuk. 
Layu je kat office. 

Cuak-cuak nak bersalin pun selera makan still ada ok. :)

Buat sesiapa yang mengenali diri ini, ampun maaf dipinta atas segala keterlanjuran. 
Kesilapan yang sedar mahupon tidak. 
Doakan kalian aku amat perlukan.