Nuffnang BH

Apr 21, 2016

Pengalaman kelakar seram bersalin kandungan 36 minggu..bukan aku...

Assalamualaikum.

Semalam genap kandungan 34 minggu 7 hari check up seperti biasa di KK.
Bagus orang tak ramai dan dalam pukul 9 dah setel semua.
Kandungan Alhamdulillah sihat, berat terlebih 400gram.

Nurse tak bebel aku yang bebel pada diri sendiri.
Ini hasil minum air manis setiap hari. Padan muka.
Bp, urine, heart beat baby semua normal. Alhamdulillah.

Sengaja ambil cuti sebab rasa badan dah berat sangat.
Suami pon ambil cuti sebab kesian mak buyung jalan macam tak larat dah.

Ok nak cite dalam last two weeks masa buat check up jumpa doc Zana
Terserempak dengan kawan satu batch masa kursus FSTEP dulu.
Dia punya due date lg awal dari aku dalam belas-belas Mei la. 

Sekali tup-tup baca fb kelmarin dah bersalin dah. 36 Minggu kau. 
Mesej dia tanya process etc.
Dia kata Alhamdulillah mudah sangat. Pukul 12 tengah malam pecah air ketuban.
Then start contraction sampai subuh, 6.40 pagi baby dia keluar.
Itu pon lepas dia ambil wudu, solat then berulang ke tandas sebab nak buang air besar
Padahal itulah contraction.

Kelakar seram last dia pergi toilet meneran, pastu panggil nurse check baby
Kepala baby dah keluar ok.
Tolak masuk labour room, sekali push anak keluar.
Bidan cakap, anak hampir lemas sebab tali pusat nak terbelit.
Apa-apa pun anak dan ibu sihat.
Bidan sambut sebab kebetulan doctor balik berehat sebab ada kes sebelum tu. 

Hoi kelakar seram cerita dia. cerita aku pulak? Tak tahu la lagi macamana.
Sekarang asyik rasa sengal-sengal macam nak terberak, rasa sembelit tu.
Terus rasa macam confuse nak beranak ke apa. hahahhaha.

Tenangkan diri baca Surah Maryam dan pahamkan sekali maksud dia.
Alhamdulillah lega perasaan tu. betul la Al Quran tu penenang jiwa.