Nuffnang BH

Apr 12, 2016

Kenapa bayar lebih? swasta vs kerajaan

Assalamualaikum.

Sabtu lepas, my second appointment dengan Dr. Zana di Medical Centre Gombak (GMC).
Klinik dibuka seawal 8 pagi sehingga 1 tengahari sahaja. Ahad tutup.
A day before, klinik ada sms confirmkan kehadiran which is a good thing as reminder to patient.

Ini first kandungan aku buat check-up di klinik swasta.
Tapi check-up kat Klinik kesihatan memang aku tak miss.

Anak pertama memang aku follow up di Klinik kesihatan kerajaan SAHAJA.
Untuk anak kedua, kami berpakat nak pilih doctor perempuan untuk sambut bayi.
Termasuklah nak scan dll.

Alhamdulillah, kesedaran dan kemampuan tu Allah kurniakan.
Macam anak pertama dahulu, bayi disambut bidan perempuan.
Rezeki jugak. Cuma bukanlah keseluruhan proses bersalin aku dilayan oleh doctor perempuan.

Berbalik cerita tadi. Kami tiba di klinik agak lewat, 9 pagi macam tu.
Orang dah penuh dalam klinik.
Duduk dlm setengah jam baru nama dipanggil untuk ambil berat badan dan tekanan darah.  
Tiada check hb (hemoglobin), tiada urine test. Ada jugak aku tanya cuma nurse kata tak perlu.
Dapat no giliran dan tunggu lagi. Almost dua jam kot menunggu sahaja.

Bila masuk jumpa doctor, bertanya khabar then tengok baby kat screen. Ultrasound.
As usual check perkembangan baby, berat etc. now baby dah 2.1kg pada usia 33minggu.
Kepala baby dah kebawah tapi belum fully engaged.

Since lama sangat menunggu aku tak ada pon nak tanya lebih-lebih. Penat.
Cuma ceritakan apa perkembangan dan doctor nasihatkan bersiap sedia.
Ada kemungkinan bersalin awal.

Apa aku nak highlightkan perbezaan service yang aku terima.
Mungkin jarak appointment aku dengan Klinik kesihatan baru sahaja so doctor GMC ni gunakan rekod tu jela sebagai reference.

Melainkan kandungan aku bermasalah lagi detail la agaknya check dia.
Itu assumption aku.

Tapi kalau comparekan waktu menunggu, ketelitian check-up, aku boleh simpulkan yang Klinik Kesihatan Kerajaan LEBIH BAGUS, LEBIH DETAIL dan PERCUMA.
Dekat GMC aku dikenakan charge total RM95, consultation (RM40), ultrasound (RM45), dan nursing procedure (RM10).

Di Klinik Kerajaan semestinya PERCUMA dan consultation hanya dari nurse sahaja. Tapi kira ok la.
Nurse di Klinik Kesihatan agak tegas mean while di swasta ni kita boleh utarakan pendapat dan kehendak kita.

Hari check-up pon hari cuti, Klinik Kesihatan memang hari bekerja la.
Apa pun pilihan di tangan masing-masing. Kalau berkemampuan tak salah pilih yang terbaik untuk zuriat kita.

Kalau kurang berkemampuan dari segi duit dan masa, Klinik Kesihatan pon tak kurang hebatnya.