Nuffnang BH

Apr 13, 2016

Kek Poppy Seed - Berhati-hati dan kesan jangka panjang

Assalamualaikum.

Pagi-pagi buka Bernama online nak tengok apa isu semasa.
Dan terkejut bila baca tajuk berita  “Berhati-hati Beli Atau Makan Kek "Poppy Seed"

Sejak bila kek boleh jadi benda yang menakutkan?
Kek yang dituduh bersalah tu nama dia 'Lemon Poppy Seed' yang dijual dengan harga RM13 sepotong.

Lepas google baru la tahu yang biji popi ni, ialah benih ganja yang diharamkan di Malaysia.

Kandungan biji popi yang terdapat dalam kek itu boleh menyebabkan mereka didakwa kerana mengambil dadah dan jika diambil dalam kuantiti yang banyak akan menjadi khayal.

Rupa-rupanya kalau kat Malaysia ni orang agak jarang guna nama poppy seeds, kalau sebut kas-kas orang Malaysia tahu.

Restoren mamak yang selalu guna kas-kas dalam masakan.  
Patut selalu layu lepas makan. Hahahhaha.


Bagaimanapun  pihak berkuasa   akan menjalankan ujian lanjut di Jabatan Kimia untuk menentukan kesahihan sama ada bahan yang terkandung dalam kek itu benar-benar dadah atau sebaliknya.

Jadi, hati-hati semua. Elakkan yang memudaratkan kita. 



credit* 
Bernama_Malay Version


*Update 14 April 2016, polis sahkan tiada tindakakan penggunaan biji popi dalam masakan. 

Buat cuak aje. credit to KosmoOnline