Nuffnang BH

Apr 5, 2016

Catatan Mengandung aku - Second Trimester [ 13 to 28 weeks] Bahagian satu

Assalamualaikum.


25 Nov 2015 - 
Baby bump dah nampak. harini 13 weeks day 7. haritu dah register klinik Setapak. So far klinik kasi EDA ialah 27 May 2016. Hb darah cantik, pastu nurse kata nanti dah 24 minggu dia kasik tarikh minum air gula. terus monyok. tanya nurse kenapa kena minum sebab anak first tak kena pun. Nurse kata sebab faktor umur. Umur 25 tahun ke atas kena minum la. Yang bawah umur 25 tahun mengandung masih kena minum air gula maksudnya ada history keluarga kencing manis atau memang ada masalah kesihatan.  Masih tegar muntah tapi berkurangan dari biasa. So far check kandungan kat klinik Setapak memuaskan hati. Nurse baik-baik. esok, 26 Nov pergi klinik amik darah untuk HIV test, sakit kelamin etc. Amik darah kat lab hanya pada hari Khamis. next appoinment 21 December. Sementara tu teruskan kehidupan, muntah dan doa yang baik-baik untuk diri dan baby.


16 December 2015 – 
16 week’s day 7. Malam semalam masa kusyuk tengok tv terbaring rasa tendangan baby kat perut. Ke angin eh? Rasanya dapat bezakan angin sebab kali ni lain macam sket. Merasa la dua kali. Tapi jarak masa dlm 5 minit. Alhamdulillah. Oh yea semalam timbang berat 56.9kg (timbang kat office). kali ni orang kata mengandung nampak kurus. Sebab sebelum mengandung gemuk macam hippo kot. so masa mengandung muntah ni teruk mengecut la terus. Tak boleh minum air. Minum confirm rasa nak muntah. 

23 December 2015 - 
17 week’s day 7. 21 Dec aritu check kali bulanan kali kedua. Appoinment pukul 8pagi dan aku lambat sampai. Memang full la klinik. Dengan bayi lagi melalak sana sini. Ibu-Ibu mengandung nak ambil darah dan minum air gula. Fuh. Nervous. So far aku timbang berat masa first dulu 55.4 kg tak berubah. Apasal aku guna penimbang kat office lain angka dia? hahahhaha Memang kurang selera dan asyik muntah. Tak kena cucuk check darah sebab nurse kata Hb aku ok last time. Happy nya Ya Allah. Kencing ok, result darah pon ok. Penyakit Kelamin and Thalassemia aku negative. Alhamdulillah. Kali ni nurse check degupan jantung baby. Bacaan baby aku 151 per minit rasanya. Oleh sebab tak ada apa so aku pon balik. Sebelum balik dapat la Vit B complex, Acid folid, dengan Vit C. Muntah sekarang dah kurang. Alhamdulillah. Cuma kena jaga angin la. pukul 5 petang selalu lapar so kena sumbat biskut. Now selesema dah berapa hari dengan batuk sekali. Kali ni suka sangat dengan rojak buah. Buah-buahan memang macam kurang. Pastu macam gilakan pelam lemak manis. Yang lain ok2 je kot. 

6 January 2016 - Genap 20 minggu. Temujanji scan baby. Alhamdulillah semua ok. hanya check tekanan darah, berat badan dan scan dengan doctor. tapi waktu menunggu kus smangat lamanya. Muntah bermula semula. Start di awal kehamilan stop skejap masa 3-4 bulan then 5 bulan menjelma semula simptom. Perut masih kecik dan tak ada pon orang offer tempat duduk dalam train. ok fine tak nampak lagi perut. Kali ni suami teman sebab amik cuti untuk register Ikhwan Hafeez sekolah semalam. Baru dia tahu seksanya menunggu untuk check up. Penat.