Nuffnang BH

Apr 5, 2016

ada apa dengan prihatin

Assalamualaikum.

Sekadar luahan dalam kehidupan.
Kalau ikut kejadian dalam hidup aku ni Allah temukan aku dengan orang yang bermacam ragam.
Ada yg terlebih prihatin, ada yang betul-betul ambil berat dan ada je yang ambil kesempatan.

Sehari dua lepas Allah jodohkan dengan orang yang terlebih prihatin.
Entah apa motifnya. Aku kurang pasti.

Mungkin niat nak tahu apa yang berlaku tapi menggunakan alasan risaukan masa depan aku.
Jadi meng create cerita supaya niat dan jalan cerita seiring atau sekurangnya menimbulkan kesan kat hati aku.

Supaya aku terharu dengan sikap dia.
Walau realitinya bukanlah rapat mana hubungan. Sekadar rakan sekerja.
Bila di tanya on the spot haruslah aku ni bercerita apa yang patut.

Kadang-kadang terlebih cerita, bukan apa tak mahu di salah anggap.
Bila bercerita dah tahu rentak dan perasan niat sebenar yang bertanya

Mula la hati geram.

Bila fikir semula mahu saja, tanya dan duduk semula.
Siasat habis-habisan. Apa motif bertanya dan sebagainya. Nekad nak tanya.
Tapi bila dah jumpa semula, perasaan nekad tu terkubur macam tu sahaja.

Allah tidak izinkan.

Aku yakin.

Sebelum ni aku minta pada Allah, janganlah aku tahu sesuatu yang tak patut aku tahu.
Aku takut tak boleh mengawal rasa.

Mungkin Allah makbulkan.

Rasanya cukup la apa yang aku terangkan semalam.
Walau mungkin yang bertanya salah faham apa yang aku maksudkan.

Dan mungkin kalau dia masih lagi perlu penjelasan
In sha Allah aku menjawab sebaik mungkin.


No comments: