Nuffnang BH

Mar 1, 2016

Teringin dan gelagat peniaga

As salam..

Kisahnya petang balik dari kerja dari dalam train dah berhajat nk minum air mcm cha time tu. Pepanas kan sedap la minum.

Turun dari tangga stesen lrt nampak la gerai jual air2 coffee cafe ni. Standard price rm5. Dalam hati beli jela nak tolong anak muda..peniaga melayu islam pulak tu.

Lepas beli baru sakit hati sebab:

1. Air sedang2 je rasa dia.
2. Kat bunting dia ada tulis big cup rm5 small cup rm3. Bila mintak small cup..rupanya xjual. Eh tipu eh..
3. Lepas beli air lepak dekat-dekat situ sambil tunggu suami. Yg jual tu budak muda (2 lelaki), 3 orang termasuk la awek/bini yg bg moral support kot. Yang xbestnya masa xde customer boleh pulak awek tu usap-usap rambut laki tu kat tgh2 public tu. Yang laki buat muka kucing birah. Ada la adegan tu berlangsung selama 2 minit. Ko meniaga minuman kot. Kebersihan paling utama bro. Aku yg beli air ko ni geli geleman dgn perangai manja2 birah ko dicampur ragu2 tgn ko bersih ke tidak.


Yelah rezeki ko kan. Tapi aku doa moga ko insaf la and xulang adegan birah ko tu sebab ada la dlm 3 kali aku bagi jelingan maut kat ko berdua. Tak kisah la kalau korang dah halal sekalipun. Nak mesra-mesra kat rumah aje. Tp jarang la laki bini nak tunjuk mesra kat public. Hahahhaha