Nuffnang BH

Mar 25, 2016

Mengandung dan kena food poisoning..seksanya..

As salam.

Semalam hari yang mencabar bila malam after 11pm, perut start tak selesa.
Angin  bergolak dalam perut.
Memang selalunya aku susah nak lelap mata bila kandungan 28 minggu ke atas. Macam first pregnancy dulu.

Tapi kali ni tak boleh tidur campur tak sedap perut, mula la sapu minyak kat betis dan belakang badan.
Tak tahan punya pasal. Cuba bawak tidur tapi tidur sambal merintih.

Perut sakit. Elok pukul 2.00 pagi aku bangun minum jus delima bancuh air sikit pastu terus muntah.
Muntah yang keluarkan semua isi perut aku makan malam tu.

Dan muntah tapi masih perut tak selesa.

Alhamdulillah, boleh buang angin tapi buang air besar memang tak ada rasa langsung.
Cuba tidur semula, tidur-tidur ayam.

Kali kedua muntah teruk pukul 4.00 pagi. Kali ni perut betul-betul kosong.
Memang kepala pusing, dan rasa nak rebah je.
Mintak suami urut apa yang patut dan tidur mengerang sambal berpeluh seram sejuk.

Berselimut. Seksanya ya Allah.

Bila suami and anak bersiap nak pergi kerja dan sekolah, aku baru nak cuba tidur dengan tenang.
Dapat la lelap sekejap pastu bersiap pergi jumpa klinik.
Alhamdulillah walau perut meragam, anak aktif dalam perut.

Risau dia tak selesa macam aku, pergi klinik dekat dengan rumah.
Sebab nak kejar masa, tak dapat nak pergi klinik mengandung aku tu.
Pergi klinik biasa ni so consultation dia tak ada la focus kepada ibu mengandung.
Jawab pon sepatah dua kata.

Lepas balik dari klinik makan roti, pisang dan limau.
Itu je yang selera. Banyakkan minum air masak, 100+, dan aku memang tak tinggal jus delima tu.

Alhamdulillah, belum recover sepenuhnya tapi boleh dah pergi kerja.
Apa aku belajar bila sakit macam ni, kena bijak tentukan apa next action.

Nak terus pergi hospital? Nak tunggu? Apa kena makan? Apa punca sakit?
Yang penting jangan gelabah, fikir dengan waras dan banyakkan berdoa.

Agak-agak sakit berlanjutan dan baby kurang movement cepat-cepatla ke hospital.
Buku merah jangan lupa bawak.

dapat ubat angin dan muntah