Nuffnang BH

Mar 25, 2016

Cadangan tempat makan Steak puas hati... Menate Steak hub

As salam semua,

Minat aku terhadap makanan memang tak dapat dipisahkan.
Kalau bagi aku, semua aku tak tolak. Aku memang suka mencuba. Terima kasih Allah.
Amat berlainan dengan suami yang lebih banyak tak minat dari minatnya.

Rugi betul. Dan memang tak pelik sebab aku dah jumpa orang yang memang tak makan buah..sayur dan segala mak nenek makanan pelik-pelik.
Rugi satu nikmat syurga dunia. Syurga sementara.

Beberapa bulan lepas (baca tahun lepas) aku ambil peluang ajak suami makan steak di Menate selepas terpengaruh dengan viral yang Azwan Ali maki peminat tu.
End up restaurant tu yang popular. Rezeki dia.

Aku sekeluarga makan dekat branch Wangsamaju yang betul-betul depan Wangsa Walk Mall tu.
Rasanya branch tu masih wujud.
Kalau tak korang boleh pergi Menate branch Jalan Genting Klang kat Danau Kota tu. Lagi luas dan selesa.

Step dia, sebelum pilih seat, pergi pilih daging (beef or lamb), then ko cakap la ko nak steak ko di masak macamana.
Makan dan bayar. Boleh pulang dengan hati gembira.
Air free flow dan bayar untuk makanan je. Harga masih mampu bayar.

Ikut la protion mana korang pilih. Makin tinggi kualiti daging makin mahal la.
Ukur daging di poket sendiri. aku ukur di poket suami. J

So far aku puas hati. Alhamdulillah. Nak repeat tak tahu bila lagi.  

hari tu nak try medium well sekali masih ada merah-merah. Geli geleman nak makan. kata Well Done worst ever steak harus la elak kan. hahahha suami amik well done terus nak mintak sikit. 

makanan lain pon ada and harga berpatutan

yang ni aku punya..ni lamb apa tah bahagian dia. Medium well

sebab rindu dan sedap aku up dua kali gambar dia

suami pon amik lamb tapi bahagian lain. ni la Well Done ok

ini anak aku punya. nampak kosong tapi terasa la flavour dia. Sausage dia sedap woi. 

No comments: