Nuffnang BH

Mar 15, 2016

Bila dapat CPUV campaign apa perlu buat?

As salam..

Kih3 ok gelak dulu. Harap semua sihat belaka.
Tadi tergerak hati la nak check account Nuffnang sebab saja nak checks apa berlaku dengan semangat aku nak menjana income dengan Nuffnang.

Walaupun tak banyak pun aku tahu macamana nak buat duit dengan Nuffnang tapi gigih la buat pembacaan.
Walau ada yang tak faham dan buat-buat paham. Hahahhaha.
Tapi aku masih belajar untuk fahamkan.  

Jadi jadilah seperti Rodiah, Rodiah tak putus asa nak belajar pasal Nuffnang.
Sebenarnya bukan banyak pun naik tapi sangat excited sebab siapa nak kasik even 0.20 sen kan?

Ok, bagi beginner yang macam aku ni yang terkapai-kapai apa nak buat bila ada campaign yang sedang berlangsung.
Dan tertanya-tanya apa langkah seterusnya? Dan macam-macam lagi persoalan lain maka teruskan la membaca.

Harapnya boleh membantu walau tak seberapa.

Macam ni, bila korang check kat bahagian Earnings kat account Nuffnang korang then nampak campaign status yang sedang on line maka tandanya Nuffnang telah memilih blog korang sebagai platform untuk meng advertisekan iklan mereka.

Semakin banyak CPUV campaign yang masuk semakin tinggi potensi $$ akan di creditkan ke account kita.

So bila dah dapat campaign jangan segan-segan nak update entry selalu untuk welcome reader visit blog kita. Visit tinggi mean $$ tinggi.

Ada paham?

Tahu kan dua jenis income Nuffnang kasik:

CPUV (COST-PER-UNIQUE-VISIT) CAMPAIGNS – Nak dapatkan CPUV ni kena maintain kan unique visit ni atleast 100 view sehari. Bila Nuffnang dah aware unique visit kita tinggi so janganla Semangat update blog tu merudum. Kena active.  Maintain kan untuk naikkan lagi $$.

CPC (COST-PER-CLICK) CAMPAIGNS – yang ni setiap kali iklan kita di click so dapatlah income.
Ok saja nak share campaign yang sedang berlangsung: Sharp Air Purifier (2), Petronas – Experience 2B(3), dan yang tengah up kat blog aku jugak skang ialah Atria Book Fest Banners (3).

Hari tu dah baca pasal campaign Sharp Air Purifier, kalau baca semua kelebihan dia yang blogger buat review memang telan air liur jugak.
Memang tertarik tapi tunggulah pindah rumah baru dulu and tengok keadaan kewangan. Mana tahu ada rezeki.

Yang menarik mata aku ialah pasal World Book fest yang sedang berlangsung sekarang sehingga 27 March 2016 di Atria Shopping Gallery Damansara Jaya.

Aku membaca tak ada la gila sangat tapi minat membeli tu tinggi. Suami selalu sound-sound buku yang aku beli banyak lagi tak khatam.

Aku kalau stress masuk MPH mesti lega. Aku duduk dalam tu sejam pon tak apa.  
Itu saja kot aku rasa aku boleh share. Nanti aku tahu aku share lagi.

Harapnya rezeki aku dipermudahkan dan aku semakin rajin nak buat entry. Aamiin.

Untuk korang yang lain yang masih nak memahami selok belok Nuffnang aku ucapkan selamat berjaya.  :)