Pengalaman Apabila Anak Kena Chicken Pox

Rodiah Amir

Pengalaman Apabila Anak Kena Chicken Pox

Alkisah Jumaat (19 Feb) lepas Ikhwan ditumbuhi bintik-bintik berair dekat badan.
Hati mula tak sedap dan terus bawa jumpa doctor favourite dekat kilinik dalam Aeon Alpha Angle Wangsamaju.

Tak lain tak bukan Klinik Ng dan Lee.  Dr. Abdul Rahman kalau tak silap nama dia.
Selain ubat yang sangat murah dan alhamdulillah ubat-ubatan serasi untuk kami sekeluarga.
Consultation pon ok tapi memang kena banyak tanya sebab doctor macam pendiam je. Hiihih.
Doctor sahkan Ikhwan kena chicken pox. 

Alahmdulillah dia tak merengek cuma few days before kena memang dia layu aje.
Pastu memang kuat berangan. Rupanya biji-biji tu nak keluar.
Tanya serba sikit dan of course panic la takut berjangkit kat aku.

So far doctor kata ibu mengandung yang 3 bulan kebawah ada risiko affect heart baby dalam kandungan.

Ikhwan doctor nasihatkan jangan makan seafood. Yang lain doctor tak sebut pun.
Alhamdulillah.

So bergilir ganti cuti dengan husband. Nak cuti straight je macam tak best pulak.
Ini first time Ikhwan kena so aku expect dia mesti longlai habis.
Ternyata salah. Ikhwan steady aje, cergas alamdulillah.
google la jugak apa ubat/petua traditional.

Ada suruh minum air kelapa suruh keluar semua biji-biji tu.
Cari daun semambu untuk buat mandi dan kibas(apa nama perbuatan tu xtahu) bila gatal.
Pantang lain macam tak boleh menggoreng, menumis  takut nanti pesakit gatal merenyam.
Sehari aku tahan la tak menumis, goreng bagai.

Lepas tu aku kan jaga dia kat rumah, nak tak nak ada je aku goreng-goreng tumis-tumis ni.
Tawakal ajelah. 

Air kelapa aku tak kasik, aku takut nanti kasik dia keluar banyak then Ikhwan tak tahan.
So slow2 tunggu biji-biji keluar sambil tak tinggal ubat doctor.

Hari ke7 Ikhwan kena dia dah boleh pergi sekolah. Alhamdulillah.
Hopefully tak ada la meninggalkan parut kat kulit dia. 

Kesabaran kena tinggi bila jaga anak sakit ni. 

Tags