Nuffnang BH

Dec 23, 2015

Kenapa memilih Ujrah dan hujah pasal Ujrah.. Oh PTPTN yang sadis

Note - 
*memilih untuk update pendapat aku berkaitan Ujrah. Terima kasih Allah atas teguran melalui orang-orang sekeliling. 
*zaman aku belajar sampailah tahun 2008 PTPTN masih tak perkenalkan Ujrah, tapi beberapa tahun selepas itu semua peminjam PTPTN automatic di offer perjanjian berdasarkan Ujrah. So tak payah susah-susah nak apply. 


As salam.

November lepas kecoh Peminjam gagal bayar PTPTN disenarai dalam CCRIS. Pastu masuk pulak promo if bayar sekaligus dapat discount 20% etc. Alang-alang dapat discount so hati memang berniat nak buat settlement pinjaman diploma la kononnya. Tapi malangnya account kwsp tak cukup untuk cover hutang PTPTN. Kecewa disitu.

Pastu buat research sikit bila PTPTN ada offer Skim Ujrah. Nak baca pasal ujrah boleh layari laman web PTPTN. Kalau sebelumnya pinjaman aku dikenakan 3% untuk charge pentadbiran now aku kena apply Ujrah untuk kurangkan kadar ke 1%. Sila lah study dulu sebelum buat keputusan nak apply mahupun tidak. Aku ada baca jugak forum and blog2 lain; setiap orang situasi berbeza so pilih yang terbaik untuk diri sendiri. Untuk yang beragama Islam wajibla pilih Ujrah. Kalau dahulu kita tiada pilihan untuk membuat pinjaman berlandaskan Syariah, kini peluang tu dah ada. 3% adalah conventional (riba), dan 1% Ujrah(upah). 

Nanti entry lain aku buat proses nak apply Ujrah. Kali ni aku kongsi points to consider kalau nak apply Ujrah atau tidak (untuk non Muslim). Untuk kes aku; aku ada dua pinjaman. Pinjaman Diploma dan degree amount almost 34k. Status aku; memang bayaran bulanan aku tak consistent dan pernah buat penangguhan sebab masa tu kerja tak stabil. Untuk Ujrah aku kena setuju untuk gabungkan kedua-dua pinjaman. Aku habis study tahun 2008 dan aku start apply ni December 2014 dan mula bayar pada January 2015 la. So jarak hampir 6 tahun lamanya. Nasib aku baik tak kena blacklist sebab aku turun naik buat penangguhan bayaran agaknya. 

31 December 2014 merupakan hari terakhir untuk memohon penukaran Ujrah, dari 3% ke 1%. Selepas tarikh tu, masih boleh apply Ujrah tapi setahu aku PTPTN kenakan syarat bayar sekurang-kurangnya 5% dari nilai penangguhan. Adalah cara kiraannya. Aku tak tahu detail, itu pon dengar dari kawan-kawan yang lambat apply. Boleh tahan juga banyak kena bayar. 

Cara pengiraan:

Aku tak buat kiraan keseluruhan conventional since lama sangat. Amount mungkin tak tepat. Dan aku tak tanya pun staff PTPTN tu. semua pendapat kat bawah berdasarkan setakat info yang aku ada. Mungkin bagi yang memilih 3% jadi untung kalau peminjam adalah peminjam yang bagus dan tak pernah miss bayar. Then tetiba nak tukar Ujrah memang tak payahla. Agak rugi disitu dari segi kiraan keseluruhan.

Untuk Ujrah, kadar 1% PTPTN akan kira dari baki pinjaman semasa. Ikut formula : Jumlah pinjaman semasa x 1% x tempoh bayaran balik. Jumlah pinjaman semasa merujuk kepada amount yang kita lambat bayar/ tangguh bayar/ insuran/ kos pentadbiran +principal kita pinjam dulu x kadar 3% charge conventional.

Pendek kata dia akan kira semula amount baru (semasa) dan PTPTN charge pada 1%. Rugi kat sini bila semakin tinggi jumlah semasa semakin tinggi upah pengurusan pembiayaan ujrah. Rugi la peminjam sebab dahla banyak tertangguh, upah tu lagi tambah bebanan. Macam PTPTN charge 3% pada pinjaman terdahulu + 1% kepada amount semasa pinjaman. Rasa rugi tu sebab macam jatuh ditimpa tangga la. Dahla bayaran tertangguh banyak, pastu PTPTN charge lg. Tapi bila fikir2 memang la rugi jangka pendek. tp jangka panjang? Dengan dosa teruskan pinjaman Riba lagi. Dah double triple rugi. 


Bayaran bulanan: Sila bandingkan bayaran bulanan bila kita apply Ujrah (1%) dan conventional (3%). 

Macam aku; aku ada apply online Ujrah ni, so PTPTN dah bagi tahu result aku layak untuk convert Ujrah atau tidak. Aku layak dan PTPTN telah email dan ada bagi perjanjian dalam tu dia state tarikh boleh start bayar and jumlah bayaran. Langkah sepatutnya bila dapat email tu kena terus print, complete kan dan submit to PTPTN. Tapi aku perlukan masa untuk buat research so here we go.

Bagi yang tak ingat/ tak pernah tahu berapa bayaran bulanan sepatutnya maka bolehlah pergi kaunter atau call saja hotline PTPTN. 

Ikut kadar semasa (3%), bayaran bulanan aku bagi diploma adalah RM 201.07 dan degree adalah RM 174.24, jadi sebulan aku aku harus bayar RM 375.31. Meanwhile if Ujrah aku hanya bayar RM 216.16. beza hampir RM 160.00. Harus di ingat untuk conventional, jumlah bayaran akan meningkat setiap tahun manakala Ujrah bayaran bulanan adalah kekal sampai habis contract. Aku ada explain detail kat bawah. 

So kena tanya diri sendiri mampukah bayar banyak tu dengan komitmen hutang yang lain. Aku memang decide nak pilih ujrah sebab:

  • Mencari yang halal adalah fardhu (WAJIB) bagi setiap orang Islam.
  • Bayaran bulanan dia lebih mampu bayar dari conventional.
  • Bayaran untuk conventional (3%) akan berubah setiap tahun. Dia akan menaik dan terus menaik. Aku tak pasti peminjam alert ke tak tapi boleh refer kalkulator PTPTN tengok jadual dia, dan aku dah confirmkan dengan staff kat KL Sentral memang amount dia akan naik. Itu antara sebab tempoh bayaran balik pendek sikit dari Ujrah.
  • Bayaran bulanan Ujrah yang dipersetujui tu memang dah cover kos takaful and in case mati takaful akan bayar so tak effect kepada waris etc.
  • Ujrah jugak boleh buat partially settlement or full settlement. Tengokla ada rezeki aku nak tutup satu pinjaman.

Ramai kawan-kawan aku yang stick dengan 3% tapi tak tahu bayaran sebenar yang perlu diaorg bayar. So andai kata bayar rendah dari amount yang ada dalam jadual so memang tak guna la. Hutang akan bertambah banyak dan terus tertindas.

  • Ramai tak mahu Ujrah sebab nanti khabarnya kena tolak melalui potongan gaji. Masa aku mula-mula tahu macam lecehla jugak sebab nanti kot la tetiba aku nak guna duit so payahla nak skip. Then, aku ni kerja swasta, leceh kot nak update PTPTN untuk update company baru kalau tukar kerja. KEBENARANNYA ialah TAK WAJIB PUN MELALUI POTONGAN GAJI. Masa sign agreement akan ada satu borong khusus untuk potongan gaji. Sila jangan isi. 
  • Ini situasi aku sebagai pekerja swasta pada hujung tahun 2014. Yang isu kakitangan  kerajaan hujung tahun 2015 kena potong gaji tu sampai tinggal belas ringgit je gaji tu aku tak sure perlaksanaan macamana. Tah diwajibkan kot kakitangan kerajaan kena buat potongan gaji. 
  • Macam aku confuse jugak mula-mula sebab ada kat master agreement surat kebenaran 1 & 2. Surat kebenaran 2 tu yang memang state untuk potongan gaji. Memula aku memang tak sign, tak nak potong gaji punya pasal; then staff tu explain yang dalam master agreement memang kena sign je tapi masa dekat form attachment jangan isi and sign. Borang kebenaran 2 tu sebagai back up in case in future peminjam ubah hati nak buat potongan gaji.  So PTPTN xyah sibuk nak suruh peminjam isi and effect agreement yang telah dibuat. Tip dia is, sebelum sign tanya je staff PTPTN walaupun dia menyampah nak jawab.
ini borang lampiran.. sila JANGAN ISI KALAU TAK MAHU BUAT POTONGAN GAJI

Itu sahaja yang boleh aku share tentang kenapa aku lebih memilih ujrah. Siapa yang tak paham boleh email direct kat aku rodiah.amir@gmail.com atau letak comment kat bawah. Aku tolong sehabis baik. Next entry aku cerita pasal cara nak apply Ujrah.

Dec 18, 2015

Klinik ibu dan anak Sri Rampai dah pindah dan tukar nama jadi Klinik Kesihatan Setapak




As salam

Nak cerita pengalaman buka buku mengandung kat klinik kesihatan ibu dan anak sri rampai. Ini nama dulu la, tapi sejak April 2014 dia dah move ke dalam bangunan imegresen tuh. Dari shoplot ke tempat lebih besar dan selesa di tingkat dua. Pagi-pagi memang sunyi. Nama pun dah tukar menjadi klinik Kesihatan Setapak. Tak jauh and tak susah nak cari pun.

Kenapa dan bila aku patut register adalah berdasarkan risik-risik kengkawan yang dah melalui semua ni. Ada yang kata patut buka buku secepat mungkin dan kalau ikut pengalaman aku yang pertama dulu bila kandungan dah masuk bulan ke empat baru bukak buku. Tapi sebab risau punya pasal kandungan 10 minggu aku pon relakan hati pergi.

Dan bila aku pergi klinik tadi sebenarnya tak ada pulak nurse tu stress kan bila kena pergi etc. sebelum aku teruskan cerita, bab register, klinik etc procedure dia adalah berbeza setiap klinik. Kawan aku g klinik kat ampang dia walk in je terus dapat buat buku. Tak ada pulak kena bawak bil, sijil nikah bagai.

Macam aku kat Sri Rampai ni agak straight. Kenapa aku kata straight? Sebab even kau nak bukak buku kau kena walk in dan akan di interview oleh nurse sebelum dapat tarikh untuk bukak buku pink. Dia akan tnya soalan basic dan dia bagi list apa perlu bawak untuk buka buku. Tadi aku tanya kalau telefon boleh ke? Dia kata memang kena walk in, tak galakkan telefon. aku habiskan masa sejam kot tadi. Waktu menunggu yang lama.

So kat bawah ni adalah list untuk aku prepare untuk dibawa next time:
  • ·        Kad pengenalan isteri – yg ori
  • ·        Sijil nikah – ori
  • ·        Bil elektrik/telefon  – ori sebab nak tengok alamat
  • ·        Ic suami – Salinan
  • ·        Pen hitam – sebab nanti kena isi sendiri maklumat
  • ·        Buku mengandung terdahulu

So apa aku nak highlight ialah:

Tempat baru lebih besar dan selesa.

Memang ambil masa nak study bilik mana kena pergi tapi kat situ ramai staff so boleh je tanya. Jangan berat mulut. Oh klinik Setapak ni dia dah combine dengan klinik biasa tu so memang penuh la warga emas mendapatkan rawatan. Untuk yang memang bawak mak bapak elok la temankan mereka. Tempat ni ada lift and escalator. Escalator utk naik dan kena guna lift untuk turun. Ada tangga tapi kesian la kalau warga emas dan orang mengandung. So far lift dia ok. tandas semua bersih walau tak wangi.

Buka buku mengandung.

Bagus kalau sebelum pergi call klinik mintak kepastian. Masa mengandung anak pertama, nurse suh aku datang semula masa kandungan 4 bulan. Masa aku g register tu kandungan dalam 5 minggu. Mengandung kali kedua kena halau sebab tak buat appointment. Skang kandungan aku mencecah 10 minggu. Macam aku cite kat atas la biasanya first visit akan dapat date next appointment dan list apa kena bawak. Cuma rasa tah apa-apa sebab kau pergi dan balik semata-mata amik date je. Kalau dia bagitahu kat website klinik,  ibu mengandung boleh ready awal. So tak ada lah bazir cuti ibu yang bekerja.

On Off Check - up di Klinik kesihatan

Ok ini soalan aku ajukan pada nurse tu. Sebab aku rasa susah setiap bulan nak kena mintak cuti so aku ringan mulut tanya if aku buat follow up kat swasta je. Boleh ke? Jawapan nurse tu ialah mestilah tak boleh. Nanti susah pihak mereka nak tengok/paham record yang tak cantik. Walau tak paham aku buat-buat paham angguk2. Balik tu terus tanya adik aku yang nurse. Kata dia kalau setakat check-up klinik biasa-biasa tiada record bayi yang diambil oleh doctor biasa2 tuh, melainkan kau pergi hospital/klinik bersalin tu. itu baru complete check-up. Dan aku baru baca aritu, dalam rm300 ada orang kena kat Naluri wangsamaju tuh. Itu termasuk amik darah, urine test, bla3 Kalau company cover takpe. Kalau yang keluar duit sendiri macam aku? kan koyak poket tuh.

Tapi apa-apa memang kena buka buku kat kerajaan jugak sebab andai ditakdirkan ada kecemasan nanti biasanya kalau swasta tak leh handle dia akan suh refer GH. Buku tu ler doctor nak paham apa status kesihatan kau.

Ujian Air Kencing



Jakun masa urine test di hari bukak buku mengandung. Lab dan bilik check up adalah berbeza. So bila dapat botol untuk test kencing kena g tandas pastu tandas nanti ada tingkap kecil ko kena letak botol kencing kat situ. Memang ada specific tandas yang ada tingkap kecik tu betul-betul depan counter lab. Keluar je tandas yang specific tu, beratur orang nak letak botol urine diaorg. diaorg kencing kat tandas lain. hahhahah. aku je jujur terus ke situ. Aku first time memang belajar dengan orang sekeliling la. Mujur ada akak yang baik hati bagitahu. Lain sangat masa klinik Sri Rampai yang kecik dan sempit tu dulu. 

Itu sahaja dapat aku share. Mana tahu berguna untuk bakal ibu kat luar sana.

*Masa hari bukak buku nurse tu mintak bil api je sebab nak tengok alamat. sijil nikah dan lain-lain dia tak mintak pon. Geram je aku. Penat taw geledah fail nak cari sijil nikah. Pastu buku mengandung anak first sebab nak amik record terdahulu. 


Throwback October 2015

5 October 2015

Hari ni hari isnin. Hari pemalas aku. Eh bukan setiap hari memang pemalas ke? Hahahhah. Macam biasa weekend yang memang tak duduk rumah. nak pulak ke penghujung tahun ni. Ramai sungguh saudara mara kenduri. Berjalan sajalah. Tu kadang-kadang tak cukup rehat. Hati meronta je nak cuti lama-lama. Nak duduk rumah dan tidur.

Sekarang kuat tidur kot. paling lama sekarang boleh jaga waktu malam pukul 10. Balik dah sampai waktu Maghrib dan kemas diri apa yang patut, solat pastu aku dah terbongkang atas katil. Tak peduli anak suami. Ayat sama setiap hari, penat and ngantuk tak dapat dibendung. Mujur suami bagi peluang. Terima kasih.

Tak ada isi sangat perkongsian kali ni. Cuma lebih meluah perasaan sahaja. Sekarang musim jerebu yang memang teruk. Weekend aritu teruk mujur kami habiskan masa di Melaka. Melaka jerebu tapi tak seteruk KL. Harapnya semua orang jagalah kesihatan. 

12 October 2015

Masih lagi meneruskan kehidupan. Agak penat dengan aktivity hari minggu. Jadi penat tu bawak ke Isnin. asyik nak tidur. 

Perkembangan rumah, sekarang masih tunggu lawyer bank. Haritu baru setel bayar property evaluation report punya fees. Kena bayar dalam Rm satu ribu. BSN kata owner kena bayar dahulu kemudian claim dengan BSN. Layankan ajela.  Masih lagi bercinta nak kemas. Tapi suami dah tunjuk kerajinan dia. Setel la dua tiga kotak. Alhamdulillah.

Mengira hari cuti Awal Muharram. Tak zabar rasanya. Minggu ni amik cuti Khamis dan Jumaat nak setelkan urusan sekolah Ikhwan. Tahun depan baru nak masukkan dia ke sekolah. 

Dec 17, 2015

Catatan Mengandung aku - First Trimester [ 1 to 12 weeks]

Assalamualaikum.

21 sept 2015 - 
Cuak hari ke 2 lewat tak datang period. beria sangat berharap padahal tak mengandung baru tahu. Maghrib tu cari pregnant test kit yang lama punya dan expired tapi gigih nak test jugak. nampak dua line. cuak dan gembira. tapi yakinkan diri yg test kit tu dah expired mungkin result dia salah. tanya diri sendiri pon tak berapa yakin sangat mengandung.

25 sept 2015 - 
dah 6 hari lambat period. yakinkan diri yang tarikh period berubah. Tanda-tanda period ada tapi tak banyak macam biasa. Nak beli pregnant test kit tapi malas. Bgtaw suami, suami ckp jgn berharap. tapi perubahan Ikhwan agak ketara. manja terlebih. hari tu boleh plak mintak mak ngah call mama masa mama kat office. sedih and rindu mama katanya. hai la anak.

28 sept 2015 - 
Beli pregnant test kit and test sendiri right after bangun tidur pagi sabtu 26 sept 2015. keputusan positive mengandung. kejut suami untuk confirmkan. feedback suami macam biasa, macam mengandung anak pertama dulu. tiada expressi. hahhahahha. masih belum check formal di klinik. so macam percaya ye atau tidak mengandung ni tapi dah official start muntah. belum teruk tapi boleh tahan penangan. cuba cover dari nampak teruk. tadi register di baby center http://www.babycenter.com/ dan try calculate due date. EDA aku 26 May 2016 dan sekarang baby aku menuju 6 weeks pada 1 oct 2015. 1st trimester and start baby heart beats.

3 Oct 2015 - 
sebelum teruskan perjalanan ke Melaka, singgah klinik untuk confirmkan pregnant ke tidak. buat scan masih kecik lagi. so just buat urine test. reaksi sama je suami isteri. kami masih tak percaya mengandung. lol. masih mahu muntah dan tak suka banyak benda. kali ni banyakkan minum air masak. sebab boleh hilangkan mual tuh.

23 Oct 2015 - 
9 weeks and day 2. Baru realise kali ni pregnant tak leh minum teh mahupun milo. angin dan pasti akan muntah teruk. Menyesal minum teh o ais limau pagi tadi. Badan semakin tua kan, so memang kena pantang betul-betul. Baca tadi pengambilan gula berlebihan akan sebabkan kulit bawah mudah koyak bila bersalin. Terus ngeri. Dah start tengok harga pakej bersalin and pro con bersalin swasta and kerajaan. Memang mengcekik darah kalau swasta. tak mampu rasanya. Now sama ada hospital Ampang atau HKL. Memang niat di hati nak doctor perempuan yang sambut kelahiran baby. Ya Allah permudahkanlah urusan aku bersalin. Aamiin.

11 Nov 2015 - 
esok kalau ikut kiraan cukup 12 minggu equal to 3 months. First trimester nak lepas dah. dan secara rasminya hati dah kecut. Pastu pagi tadi salah langkah makan acid folic diawal pagi, bukan kebiasaan makan sebelum tidur. maka setiap jam aku muntah. Ya Allah dugaan. Nak menangis. Takut nak minum air. Nak makan sup tapi nak yang masam, tak nak tomyam, tak nak ayam. Dah camne tuh?


google image

Dec 16, 2015

Kehidupan di bulan December 2015

credit google image

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama tak menaip dan upload entry baru pasal kehidupan, orang sekeliling dan isu-isu lain. Terlalu penat dan sibuk dengan kehidupan atau nama lainnya pemalas. 

Selepas dua baris ayat aku tulis simtom pemalas ni semakin nampak tanda-tandanya. Kuatkan Semangat.

Sekarang musim cuti sekolah.  Kalau tahun sebelumnya, cuti sekolah bulan December tak bawa apa-apa perubahan kepada aku selain ketenangan diwaktu pagi disebabkan kesibukkan mak bapak budak hantar budak ke sekolah dan cikgu yang suka bercakap di waktu perhimpunan sekolah dengan nada paling tinggi. 

Kali ni, persediaan harus dilakukan sebab anak sulung aku akan masuk sekolah tahun depan. Taski AlHuffaz. Lima tahun dah kau anak. Semoga tidak lah dia takut untuk bergaul dengan manusia lain dan semoga dia dibawah lindungaNya. Aamiin.

Untuk kehidupan sekarang, aku maish gigih melayan mabuk mengandung. Ya, aku disahkan berbadan dua October lepas. Nanti lain entry la aku cerita hal mengandung. 

Untuk kandungan kali kedua. Perasaan takut sentiasa ada, mabuk memang macam dulu, semakin tak kuat nak harung perit jerih ibu mengandung. Tapi Allah pilih aku so aku mampu la kiranya.


Untuk hal pekerjaan, terlalu banyak andaian dan kemungkinan yang bakal berlaku. Ekonomi yang tak menentu. Kos sara hidup semakin tinggi. 

Tambang LRT dan tol yang naik mendadak semuanya menjerut leher. Kezaliman berterusan dan rakyat masih menunggu peluang untuk bangkit. 

Dan aku masih mencari peluang dan ruang untuk berkembang. Doakan.