Nuffnang BH

Nov 25, 2015

Doa dan harapan aku... untuk dia. Dia; si gadis itu, baca okay?

Doa dan harapan aku... untuk dia. Dia; si gadis itu, baca okay?

Kau menyarungkan tudung labuh,
Dia pula sedang mengikat tinggi tocangnya.
Lalu kamu sama-sama keluar.
Kau selesai solat,
Menurunkan lengan baju,
Lalu keluar.

Dia yang hanya memandang kau solat,
Lengan bajunya disinsing,
Kau cuma memerhati.
Kau menyarungkan stokin,
Sedang dia pula menyarungkan kasut tumit tinggi.
Wajah kau polos.
Cuma secalit lip balm yang kelihatan.
Wajahnya cantik.
Dengan maskara, foundation dan lipstick merah.
Kau dan dia sama-sama selfie.
Lalu dia upload di fb,
Kau mohon padanya agar tidak tag kau.
Dia mengiakan.

Hari ini dia tidur.
Kau memandangnya lama.
Air mata kau bergenang.
Lalu pipi terasa hangat.
Kau sayangkan dia.
Tapi, kau takut.
Terlalu takut.
Bila nanti akan ditanya.
Apa yang telah kau lakukan untuk mengajaknya kembali kepada fitrah.
Mengapa kau tak menegurnya menjauhkan diri dari menjadi fitnah.
Kau bungkam.
Sungguh.

Kau tahu kau tak kuat.
Kau tahu, iman kau lemah, kerana cuma mampu membenci dan menegur dalam hati.
Usaha itu ditangan kau.

Namun, menasihati yang rapat itu kadang lebih payah.
Dan benarlah, hidayah itu cuma Allah sahaja yang berhak.

Tapi, sabarlah.
Doa kau tetap menjadi senjata.
Akhlak kau, tetap akan menjadi contoh.
Dan kasih sayang kau yang tulus dan ikhlas itu,
Siapa tahu akan menjadi pembuka pintu hatinya kelak.

Sudah, usap air mata. Aku tahu kau sayang dia. 
Sabar. 
Semoga Allah memudahkan urusan aku, kau dan dia. InshaaAllah.

Jaga diri, Gadis.