Nuffnang BH

Nov 25, 2015

Doa dan harapan aku... untuk dia. Dia; si gadis itu, baca okay?

Doa dan harapan aku... untuk dia. Dia; si gadis itu, baca okay?

Kau menyarungkan tudung labuh,
Dia pula sedang mengikat tinggi tocangnya.
Lalu kamu sama-sama keluar.
Kau selesai solat,
Menurunkan lengan baju,
Lalu keluar.

Dia yang hanya memandang kau solat,
Lengan bajunya disinsing,
Kau cuma memerhati.
Kau menyarungkan stokin,
Sedang dia pula menyarungkan kasut tumit tinggi.
Wajah kau polos.
Cuma secalit lip balm yang kelihatan.
Wajahnya cantik.
Dengan maskara, foundation dan lipstick merah.
Kau dan dia sama-sama selfie.
Lalu dia upload di fb,
Kau mohon padanya agar tidak tag kau.
Dia mengiakan.

Hari ini dia tidur.
Kau memandangnya lama.
Air mata kau bergenang.
Lalu pipi terasa hangat.
Kau sayangkan dia.
Tapi, kau takut.
Terlalu takut.
Bila nanti akan ditanya.
Apa yang telah kau lakukan untuk mengajaknya kembali kepada fitrah.
Mengapa kau tak menegurnya menjauhkan diri dari menjadi fitnah.
Kau bungkam.
Sungguh.

Kau tahu kau tak kuat.
Kau tahu, iman kau lemah, kerana cuma mampu membenci dan menegur dalam hati.
Usaha itu ditangan kau.

Namun, menasihati yang rapat itu kadang lebih payah.
Dan benarlah, hidayah itu cuma Allah sahaja yang berhak.

Tapi, sabarlah.
Doa kau tetap menjadi senjata.
Akhlak kau, tetap akan menjadi contoh.
Dan kasih sayang kau yang tulus dan ikhlas itu,
Siapa tahu akan menjadi pembuka pintu hatinya kelak.

Sudah, usap air mata. Aku tahu kau sayang dia. 
Sabar. 
Semoga Allah memudahkan urusan aku, kau dan dia. InshaaAllah.

Jaga diri, Gadis.




Nov 16, 2015

Kisah silam dan kisah hitam

As salam

Bila teringat kisah silam kisah hitam aku pernah buat dulu rasa dan-dan tu nak keluarkan otak pastu cuci bahagian memory tu. kalau hidup ni macam drama dah lama aku nak potong bahagian gelap malap diri aku.

Manusia mana yang sempurna. Mujur kisah silam aku tak menjejaskan masa depan aku sekarang ni.  Alhamdulillah. Kisah hitam yang mampu aku bendung. Aku buat dan aku menyesal. Aku bertaubat tapi aku masih sedih fikirkan di akhirat nanti aku mesti kena sebat. Kena hukuman. Ya Allah peritnya.

Selalu aku beri alasan, dulu aku lakukan kisah hitam dan segala kenakalan sebab aku masih muda. Aku mahu mencuba. Aku terpengaruh. Aku kemaruk dan aku bodoh. Tak apa. Tapi lama-lama alasan tu aku dah tak boleh terima. Semakin usia aku menginjak senja aku jadi takut. Aku rasa berdosa.

Ada ustaz pernah nasihat, selalu la beristigfar. Istigfar maksudnya “Aku memohon keampunan dari Allah swt.” Mana tahu bilangan istigfar keberapa Allah makbulkan permintaan kita. Allah menerima permohonan maaf kita. 


Banyak kelebihan istigfar yang kita pandang sebelah mata. Pendek je tapi cukup payah nak amalkan. Sekarang aku gantikan perasaan bersalah yang menghantui dengan istigfar. Sekurangnya terubat. Semoga Allah dengar permohonan maaf aku. 

aamiin. 


credit:http://mama2r.com/2014/11/15/istighfar-kelebihan-yang-sering-dipandang-ringan/