Nuffnang BH

Sep 3, 2015

Sushi King jawab pasal status Halal, Sweet Sauce, mirin dan lain-lain

Assalamualaikum minggu lepas aku nampak  gambar kat instagram kak pinkStilettos post pasal dia makan Sushi kat oversea. Pastu ada la comment-comment pasal Sushi halal kat Malaysia. Untuk aku penggemar Sushi ni memang gelisah la kalau status halal tu diragui. Aku dan kawan-kawan memang pelanggan setia Sushi King. Keluar macam-macam nama restaurant Sushi dari yang aku mampu makan ke tempat yang mahal.

Rasanya dilema muslimin muslimat kat Malaysia ni kalau bab makan kat restaurant; ialah kalau nampak pekerja berbangsa Melayu dan bertudung baik dari pelayan sampai tukang masak, mestila rasa selamat tempat tu halal. Walau ko tak nampak pun logo halal diaorg. Itu memang lumrah kot. Tak kan diaorg nak subahat kot? kan? 

Nak kuatkan lagi keyakinan aku pada Suhsi King bahawa Sushi mereka selamat untuk dimakan maka aku telah menghantar email pada customer service dan telah dibalas oleh mereka. Oh ya sebelum ni memang aku dah baca kat website dan ada la buat pembacaan so aku yakin akan statusnya. 

Kalau sebut Sushi King selain dari chicken and beef dia ramai orang ragu-ragu dengan mirin dan sweet sauce dia. Teori aku dulu Sushi King ni tak dapat Halal mungkin sebab dia serve Alchohol to non Muslim customer [teori ni salah]. Baca je soalan aku kepada Ms. Hor Ka Min – customer service Sushi King [abaikan ayat bahasa Inggeris yang tunggang langgang asalkan Ms. Hor paham soalan aku]

 1. Do you have Halal certificate? For all branches? If not please explain why.

We would like to clarify that Sushi King Restaurants are not Halal-certified.
As most of our ingredients are imported from overseas, some of our overseas supplier does not have Halal certification although the ingredients do not contain any pork or alcohol.  As such, we are rigorously working very closely with these overseas suppliers to obtain the Halal certification.

2. Is that true that your sweet ketchup contains wine? Haram for Muslim to eat this?

It is not true that our sweet sauce (Nitsume) contains any added alcohol. You may find attachment for the halal certificate of this product.

Nitsume is Halal ok..




































3. Do you add Mirin to your sushi? Muslim can’t eat this also.

Sushi King does not use added alcohol, mirin and/ or sake in all our products including sauces, vinegar, unagi and others.

4. Do you serve alcohol?

Sushi King does not sell or use any alcohol in our restaurants.

So far empat soalan ni je aku terfikir nak tanya. Yang penting terjawab la apa aku nak tahu. So lega perasaan lepas dapat explanation dari pihak yang betul. Sesiapa yang ada info lagi boleh la sharing2 lagi eh. Sharing is caring kan? 

No comments: