Nuffnang BH

Sep 4, 2015

Jom tolong adik ni sakit Jantung berlubang..

Assalamualaikum,

Jom viralkan kisah adik ni supaya dia dapat peluang untuk teruskan kehidupan dia. Setiap sen adalah berharga. 








Sebagai seorang insan yang mempunyai naluri dan hati, adalah normal jika hati anda sebak apabila melihat gambar adik ini yang dipenuhi wayar di sana sini. Adik Imran Hakimi Bin Mohd Faizat yang baru berusia 2 bulan dan 22 hari ini memerlukan bantuan dan ehsan dari kita semua untuk mendapatkan dana pembiayaan kos pembedahan dan rawatan bernilai RM100,000.00 untuk meneruskan kehidupannya.

Ini email yang OhMedia terima: 

"Assalamualaikum. Saya wakil kepada abang saya meminta untuk Oh!media memviralkan berita tentang anaknya yang sedang sakit. Maklumat seperti berikut: Assalamualaikum. Dengan rasa rendah diri saya ingin memohon bantuan kewangan daripada anda semua untuk membiayai kos perubatan dan pembedahan jantung anak lelaki sulung saya Imran Hakimi bin Mohd Faizat yang berusia 2 bulan 22 hari (lahir pd 04/06/15). Anak saya menghidap penyakit jantung berlubang kini berada di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, Pahang dan berada pada tahap paling kritikal saat ini. Imran Hakimi perlu membuat pembedahan jantung secepat yang mungkin tetapi memerlukan dana RM100,000.00 untuk membiayai kos pembedahan dan rawatan. Sehubungan dengan itu, sesiapa yang ingin menghulurkan apa jua jenis bantuan termasuk bantuan kewangan boleh menyalurkan sumbangan anda pada akaun Maybank saya iaitu bapa/ibu kepadanya di akaun:

Akaun Maybank: 556020059396 Bapa: Mohd Faizat Bin M.Noor

Akaun Maybank: 156057429905 Ibu: Nurul Hazwani Binti Mohamed

Anda juga boleh menghubungi saya di talian 016-9529930 untuk sebarang pertanyaan.
Mohon jasa baik anda untuk viralkan. Terima kasih


*Tak dapat tolong banyak dalam bentuk wang ringgit tapi nak jugak tolong viralkan. Semoga Allah mudahkan segala urusan buat adik. 

No comments: