Nuffnang BH

Aug 18, 2015

perasaan sekarang

Assalamualaikum,

Sekarang ni setiap kali up entry mesti fikir eh over ke kalau aku share kat blog? Tak apa ke? Padahal bukan ada yang baca pon. Hahhahaha. So setiap kali timbul perasaan camtu aku end up delete semula apa aku tulis. Cis. tapi kali ni macam nekad menaip jela.

Jenis aku bukan reti nak explain setiap inci yang jadik dalam kehidupan aku. macam lepas-lepas aku tengok semua entry aku entry sedih. Yang happy aku tak share langsung. Tengah happy lupa segalanya. Hahahhaha. Adakah blog aku melambang kan siapa aku? hahahhah tidak2. Blog ni setaKat 10 – 20 % dari kisah kehidupan aku.

Kehidupan berlangsung macam biasa. Setiap hari struggle meneruskan kehidupan. Ikhwan semakin membesar dan perkembangan yang semakin memberangsangkan. Dan benda-benda seperti: “mama cepat la jangan terhegeh –hegeh” “mama cari guna mata kan? Bukan guna hidung”. Hamik kau.sebijik dia copy aku punya cakap. Dan bersedialah nak bawak Ikhwan kembali ke pangkal jalan. Hahhahaha.

Sekarang bila Ikhwan dan menginjak 4 tahun aku dah start rindu nak ada baby. Dulu ye penakut nak mengandung kali kedua. Tapi bila Ikhwan mengeluh tak ada kawan mula la rasa bersalah. Dan orang-orang sekeliling pon dah start amik berat. Dan secara terang-terang bagi pendapat yang aku anggap sebagai doa jela. In sha Alah, suatu hari nanti kalau Allah izinkan.

Perasaan mengandung ni pun bermusim. Kalau aku penat dan busy dengan kehidupan di pejabat mahupun keluarga aku lupa la sekejap. Sebut hal keluarga, macam-macam jadi. Dengan keadaan kesihatan yang turun naik, masalah kewangan dan macam-macam lagi. Lumrah kan? Manusia.

Nanti sambung lagi la. In sha Allah.