Nuffnang BH

Aug 5, 2015

mencari aku yang hilang

Teringin nak menulis dan rasa sesuatu tapi seakan tersekat di kerongkong. Bila nak luah tak dapat, nak telan rasa sakit. Paham? 

Sakit dada. Tahan.

Terlalu banyak benda yang berlegar di kepala. Demam dua minggu seakan bagi kesan yang teruk. Otak lambat nak berfikir dan badan jadi malas. Malas ambil berat dan malas nak fikir. Cuma nampak, kunyah dan hadam. 

Tak perlu kunyah pun seronok jugak. Telan saja.

Hari berlalu, masa berputar. Malam ke siang dan seterusnya. Saling bertukar. Langsung tak toleh belakang walau sekejap. Esok belum pasti. Yang terus jadi tanda tanya, apa aku dapat hari ini. Macam tak ada langsung kesan. Macam hidup yang tak ada tujuan. 

Teruk. Jadi manusia kosong.

Orang lain dah berlari laju. Jauh. Aku? masih meraba dalam kabus malam. Gelap. Selagi tak terhantuk selagi tu tak tukar arah tujuan. Tak buta tapi tak boleh guna mata. 

Siapa pernah berada di tempat aku? sebelum ni, punya banyak plan aku fikir. End up sekarang aku rasa kosong. Aku di awangan. Aku tak tahu aku kat mana.


Aku kat mana? Aku..aku kat mana. 

No comments: