Nuffnang BH

Aug 25, 2015

Bila Roti Jala berwarna warni dan kari ayam sedap masuk dalam entry blogger glamour

Aku ni semangat nak berniaga memang dari dulu lagi. Nak jual itu nak jual ini tapi kemahiran langsung tak ada. Selepas beberapa ketika aku menganalisis diri ini..chewah. aku rasa aku tak ada kepakaran dalam memasak, menjahit, menghias etc. Maka terpaksa batalkan hasrat nak buat semua itu. Tapi tu semua tak padamkan Semangat aku nak kaya dengan berniaga. Walau aku tak ada bakat tapi aku ada kelebihan which is aku kenal orang yang boleh men supply makanan untuk di jual. Tak lain tak bukan kak ipar aku. Yes dengan pengalaman berbelas tahun jadi chief mcm rugi la kan kalau bakat yang dia ada di sia-siakan.

Paham-paham la kalau chief kerja hotel ni. Dia ada standard quality makanan yang diaorg kena deliver. So bila dah terbiasa masak macam tu bertahun lamanya of cos la memang akan masak yang sedap-sedap la selamanya. Dengan sikap yang memang masak makanan untuk orang makan dan tak kedekut bahan. Sebab prinsipnya biar orang puas hati orang pasti nak lagi.

Back to semangat aku nak berniaga ni jadi aku menekadkan diri dengan belajar apa yang patut. Aku dengan rela hati nak jadi marketing manager kepada kakak ipar aku. kira macam aku cari customer dia tolong masak. Begitu. Aku harap sangat Semangat aku ni tak hangat-hangat taik hayam je.

Dan paling seronok bila nampak roti jala buatan akak ipar aku terpampang kat blog suraya sulatin tu. Suraya ni kalau promote makan seolah-olah benda tu sedap nak kojol. Tapi memang sedap pon roti jala and kari ayam tuh. Aku selalu rasa aku tahu la hahahhah. Oh dan akak ipar aku bukan stakat makanan melayu, kuih muih semua tu..western pon boleh. Cakap je nak apa in sha Allah dia boleh buatkan.

Sesiapa yang teringin nak order, nak cuba jangan malu2 contact aku..sebab aku kan manager dia hahhahahah. 

Hand phone – 017 – 9270848 [rodi] / 019 – 2234650 [mimie]

credit gambar to blog Choyaya Secret Garden