Nuffnang BH

Aug 5, 2015

bila demam batuk dan selesema

Assalamualaikum.

Lama tak menaip rindu pulak rasa.

Dah nak masuk 2 minggu kot aku dapat penyakit berpakej ni demam+selesema+batuk.

Hazabnya Allah yang tahu.

Bila tua-tua ni dapat penyakit terasa tak kuatnya badan.

Sakit tu penghapus dosa. In sha Allah.

Alhamdulillah, sakit start selepas raya.

Betul-betul sehari sebelum habis bercuti.

Kiranya sempatla bergembira dan makan apa yang yang teringin masa raya tu walaupun tak pernah puas pun kalau bercuti kat kampung.

Banyak hikmah yang aku nampak bila aku ditimpa penyakit ni.

Allah buka mata dan hati aku melihat kebaikan suami aku. biasa je bagi orang lain.

Tapi bagi aku sebagai isteri bersyukur sangat sebab aku rasa suami boleh diharap.

Dia la basuh baju, uruskan anak dan buat semua kerja.

Aku kalau dah tak sihat memang tak ada mood nak buat apa-apa.

Memang terbaring la jawabnya.

Ikhwan jugak bagus tak buat perangai. Pandai anak mama. 

Terima kasih Allah.

Atas anugerah ni. Syahdu pulak. 

No comments: