Nuffnang BH

Aug 28, 2015

Baki hutang PTPTN - Ujrah selepas 7 bulan bayar

google image

Assalamualaikum.

Setelah 7 bulan melaksanakan tanggungjawab sebagai penghutang PTPTN akhirnya aku boleh tarik nafaz lega bila jumlah tunggakan hutang semakin lama semakin surut. Siapa yang pernah baca entry aku ini  , ini dan ini pasal PTPTN tahu la sejarah aku apply Ujrah ni.

In short aku start bayar pada bulan January 2015 dengan amount Rm212.16 sebulan. Jumlah akhir yang patut aku bayar ialah Rm 33,277.50 itu termasuk segala caj yang PTPTN kenakan. Tadi semak penyata lengkap dan tarikh akhir pada 1 august 2015 baki hutang aku adalah Rm 31,846.45.

Penurunan jumlah pinjaman dah turun sikit so hati banyak lega. Kalau dulu asyik naik je kan..hahhahah. 180 bulan tempoh bayaran balik. Semoga liku kehidupan kau membayar hutang dipermudahkan oleh Allah. 15 tahun woi. 15 tahun tuh.

baki semasa