Nuffnang BH

Aug 20, 2015

Badan penat jiwa resah hati cepat sentap

Start dari puasa bawak ke Syawal lepas tu balik kampung Melaka Pahang pastu drag sampai balik kampung Pahang semula masa end of Syawal.

Dengan baju bertimbun rumah tak berkemas sangat walau reality memang tak kemas mana pun. Pastu keadaan kesihatan yang berturut sakit. Lama pulak tuh. Mula-mula aku, lepas tu suami, suami tak habis lagi, anak dah kena. Ujian.

Bila cuti habis dan mula bekerja memang tak ada excuse la kenapa tak boleh perform kan? Dulu masa puasa boleh la bagi alasan sebab perut kosong. Now perut kenyang pun masih pemalas. Semulajadi sangat perangai la.

Sekarang kalau kat office setiap kali waktu lunch memang tak mampu sangat nak fikir makan apa. Selalu end up makan tapau sup tulang yang memang ada tempat feveret kawan-kawan kat office ni. Makan ramai-ramai. Tengah nak kumpul Semangat nak bawak bekal ke pejabat. Moga-moga tercapai dan berkekalan la hendaknya Semangat itu.

Cabaran dia kena bangun awal untuk masak nasi dan lauk semua atau masak lauk sahaja. Nasi boleh tapau kat kedai makan dekat pejabat. Nak mula memang payah.

Aku ni biasa sangat kalau badan dah penat aku mula sentap. Mula berkira. Tak kira dengan siapa la. Mula kedekut tenaga, idea, dan senyuman. Orang mintak tolong mula la malas. Dah rasa kejam mula la menyesal sebab berlaku tak elok kat orang.

Sebut pasal tak elok, ada kejadian pagi tadi. Tak besar mana sangat. Aku pernah baca. Bila kita nak berdakwah ni memang akan ada orang yang akan sentap dengan kita. Sama ada dengan cara kita tegur atau kita tegur benda yang salah [maksudnya pemahaman aku sendiri salah]. Biasanya bila aku cuba nak berdakwah [walau aku tahu aku tak sempurna mana] masa buat aku rasa yakin, tapi bila lama sikit contohnya petang. Pasti akan ada kejadian yang buat aku terfikir dan ragu-ragu dengan apa yang aku dakwahkan.


Istidrajkah aku? poyo ke? Biadap ke? Aku sound sebab emosi atau atas benda betul aku tegur. Inilah dugaan. Aku tahu aku jauh dari imej muslimah. Tapi Allah sayang aku, aku tutup aib aku. aku tunjukkan yang baik-baik je. Alhamdulillah. Kadang-kadang rasa malu sebab apa orang cakap tu jauh sangat dengan keperibadian aku. tapi cakap-cakap pon satu doa. Mana lah tahu. Suatu hari nanti. Mustajab. Aamiin.  

No comments: