Nuffnang BH

Jun 29, 2015

aku seorang pekerja

Assalamualaikum.

Kehidupan aku almost tiap-tiap hari buat benda sama. 
Aku datang kerja aku buat list dan cuba siapkan ikut target. 
Kadang tergelincir kadang on time.

Semenjak dua menjak ni aku dah mula rasa bosan. 
Bosan dengan kerja. 
Aku penat bila terpaksa fikir panjang dan banyak halangan kalau nak bercuti.

Kerja bukan kerana suka tapi kerana duit.
Ini luahan bila aku terlalu penat fikir pasal dunia.

Selalu terjadi bila kerana Allah itu semakin hilang rasanya dari hati. 
Malu pada diri sendiri. 


Sakaratulmaut dan ingatan

As salam.

Bagaimana pengakhiran hidup aku nanti. 
Bagaimana cara Allah akan memanggil aku datang kepadaNya? 
Bersediakah aku?

Apa kelayakan aku supaya aku dapat mencium bau syurga seterusnya bersama mereka yang terpilih. Allah.. 
aku bukan hafizah, aku bukan dermawan, aku masih tak punya harta sebagai cagaran di syurga. 
Aku kosong.

Wahai Allah, kenapa tak memilih aku menjadi sebahagian hafizah Mu. 
Pilihlah aku Allah untuk mendapat tiket ke syurgaMu.


Benar orang yang diuji dengan penyakit kritikal seperti barah yang menunggu kematian amatlah perit untuk diterima. 

Tapi betapa untung nya bila Allah memilih mereka, lantas mereka mendapat bayangan tempoh bilamana akan nyawa ditarik. 

Beruntungnya mereka. Untuk bersedia. Sedangkan yang lain masih leka. 




Cara mohon Ujrah - pendapat aku

Assalam.

Sementara aku rajin mari menulis pasal Ujrah. Seperti yang aku gembar gemburkan pada entry lepas hujah pasal Ujrah dan pasal kenapa aku pilih ujrah akhirnya dengan tekad hati aku memilih untuk proceed apply ujrah. untuk apply boleh buat dengan dua cara;

1.      Mohon online
Kalau memohon melalui online dan kena masuk website PTPTN - Ujrah  dan isi la apa yang diminta. Seharusnya bersetuju dengan syarat-syarat yang di tawarkan:    

* UJRAH adalah upah 1% setahun pada kadar rata bagi menggantikan kos pentadbiran 3% dan 5% setahun atas baki berkurangan.

* Mulai 1 Oktober 2014, peminjam yang mempunyai lebih dari 1 pinjaman diwajibkan untuk menggabungkan kesemua pinjaman untuk melayakkan pertukaran UJRAH.

So tunggula PTPTN reply status layak ke tidak then akan ada email PTPTN akan kasik agreement. Agreement akan state segala info tawaran Ujrah dan document yang harus di kembalikan kepada PTPTN. Agrement valid untuk 14 hari sahaja. Kalau dapat terus buat dan hantar ke kaunter secepat mungkin.

2.      Walk in terus ke kaunter terdekat.

Macam kes aku, aku refer to KL Sentral  punya kaunter. Aku buat online dulu sebab nak taw berapa monthly amount then aku sempat la buat research nak accept or tolak. Kalau korang jenis yang nak amik masa study dulu mampu bayar etc eloklah buat macam aku. So far aku berkenan. So aku pun teruskan niat apply kat kaunter saja. Paling penting pergi sana bawak setem hasil RM 10 dua keping. Nanti boleh siap terus agreement. Bagitahu siap-siap kat staff tu kata nak siapkan hari tu jugak. Tak sampai dua jam boleh setel. 

Itu sahaja rasanya yang korang perlu tahu. Harap membantu.

semoga emak sihat selalu

As salam.

Bersyukur masih diberi nikmat meneruskan kehidupan. Diberi kesempatan hidup tanpa ada pergaduhan dengan orang sekeliling. Masih senyum dan boleh bergurau senda dengan suami. Anak masih dibawah kawalan. Syukur. Sabtu ahad lepas turn aku balik Pahang. Dah jadi amalan setiap kali berpuasa selepas berkahwin akan pastikan sekali berbuka dengan mak dan mertua. Nak balik banyak kali masih belum ada rezeki.

Balik kali ni mak kurang sihat. Gout mak menyerang. Angin. Masih ingat Ramadhan lepas mak tak sihat jugak. Mak seorang yang kental. Tegas. Bila minta mak tak puasa mak akan tolak dengan seribu satu alasan. Paham mak nak merasai nikmat berpuasa tapi kesihatan mak tak mengizinkan. Syukur diberi peluang jaga mak semasa sakit walau sekejap. Dapat mandikan mak. Tolong papah mak ke tandas. Itu semua rezeki. Lubuk pahala. Kalua dulu mak mandikan kami. Sekarang giliran kami berbakti pada mak.

Kalau boleh setiap apa mak nak aku cuba untuk tunaikan. Semua keinginan dan minat mak. Selagi masih ada masa. Aku tahu kita semua ni pinjaman Allah. Bukan hak kita. Maka aku aja diri aku bersedia. Kehilangan sementara kat dunia.

Kehilangan arwah abah ajar aku menghargai orang depan mata. Dan aku masih belajar. Tak akan pernah tamat sehingga aku dipanggil oleh Pencipta. Rindunya pada arwah abah. Kalau arwah masih ada… tak mampu aku nak ulang semula. Terlalu sebak. Semoga arwah abah ditempatkan di kalangan orang beriman. Allah jangan seksa abah. Tak terbalas budi abah membesarkan kami adik beradik.

Ramadhan kali ni paling biasa-biasa sambutan kami sekeluarga. Sekatan ekonomi dengan harga yang merepek jadi macam sangat berkira. Beli benda yang perlu sahaja. Ini lah hikmah Allah izinkan apa yang berlaku sekarang. Hikmah pembaziran. 

Jun 25, 2015

Puasa hari ke 7 - 2015

Mata tak boleh lelap. 

Jadi ini yang berlaku beberapa jam sebelum puasa hari ke 8. 

Mama tinggal kamu sebab tugas.. maaf sayang
bekalan..
Ragam



Jun 19, 2015

puasa oh puasa Ramadhan 1436H / 2015

Assalamualaikum.

Bersyukur masih diberi kesempatan merasai bulan Ramadhan. Puasa bersama suami dan anak. Syukur. Kalau dulu masa pengumuman puasa la paling kami sekeluarga nak tengok, sebab nak rasa excitement dia. Kalau sekarang lain kot.

Hari pertama  bersahur masak roti paratha guna oven. Gas habis masa nak panaskan kuali. Sadis. Menu bersahur makan la apa yang ada dan berbuka terpaksa beli di param [ singkatan pasar Ramadhan kot]. Nak tunggu orang kedai hantar gas mungkin tak sempat nak masak.

Beli nasi ayam crispy tak ada rasa, air kelapa ori, dengan nasi beriani kambing size kanak-kanak. Total damaged semalam Rm16.50. macam tak berbaloi atau aku kedekut?

Dari balik office sampai la ke rumah kepala sakit tak hilang. Lepas berbuka masuk tandas dan muntah. Penangan puasa pertama agaknya.

Hari kedua berpuasa. Aku nekad nak masak sendiri. Puas hati walau rasa kelaut. Sahur tadi sempat masak nasi dan ayam masak halia. Masih mencari rentak nak memasak dan idea untuk sahur. Mungkin sahur nanti buat roti sardine.

Ikhwan pulak perangai sangat mencabar puasa kali ni. Dah petah bercakap. Kadang-kadang rasa berborak dengan orang tua. Factor persekitaran mungkin. nak makan tak sempat2. Ajak bermain. Aduh pitamla mama anak oi. Hari-hari ingatkan diri jangan marah anak tapi selalu gagal. Sedih.

Ikhwan akan mintak kat abah dia sebab dia tahu aku akan tinggikan suara atau tak bagi apa dia nak. [macam nak menangis balik peluk dia]. Kalau tak layan dia bermain, mesti ayat dia keluar..kesian abang main sorang-sorang. Terus rasa bersalah.


Jun 9, 2015

Seksa ibu bapa

Assalamualaikum

Cuti lepas kami sekeluarga pergi kubur arwah abah

Baca Yasin dan Tahlil

Tebas rumput yang menjalar dan apa yang patut

Rasa sunyi rasa sepi

Satu hari kami semua akan ke situ

Semuanya tunggu masa

Anak buah cakap dia dengar kubur yang merintih

Disiksa

Aku tak sanggup tanya pasal arwah abah

Sebab aku tahu kami anak-anak masih belum ambil berat tentang tanggungjawab

Aurat, solat.

Rasa sedih dan bersalah.


Sebab anak-anak mak abah yang tanggung akibat


Jun 3, 2015

hidup adalah satu pilihan

Assalamualaikum..

Bagi aku hidup adalah membuat sentiasa membuat pilihan. Pilih ya atau tidak, pilih baik atau buruk, sedih atau gembira. Semua bergantung pada diri sendiri. Impaknya pula akan beri kesan pada diri dan juga orang sekeliling. Bila buat pilihan kena tanggung la akibatnya. Kesan kecil atau kesan besar.

Berdiam diri jugak satu pilihan. Maka bila berdiam diri akibatnya mungkin hati sendiri tidak tenang. Paling teruk bila salah membuat pilihan. Seperti diam pada bukan masa sepatutnya.

Bertahun lama membuat pilihan dalam hidup dengan harapan kita semakin bijak mengatur langkah. Jangan ulang kesalahan membuat pilihan.

Apa yang kita pilih mencerminkan siapa kita. Kesan atas pilihan harus berani kita terima. Pahit atau manis. Seperti pilihan untuk marah. Orang akan pandang serong sebab kita marah. Orang cenderung untuk label kita kepala angin atau emosi dan orang tak akan siasat sebab kita marah.

Siapa kita hari ini adalah kesan dari pilihan kita buat di masa sudah.

Kesilapan Kerap Muslim Dalam Bulan Ramadhan - Sucikan harta dan diri

Assalamualaikum. 

Terpukul rasanya tadi bila google content persediaan menyambut Ramadhan, rasa peringatan untuk diri sendiri jadi rasanya sesuai untuk dijadikan post supaya orang lain jugak beringat dan bersedia. 

Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram - kebiasaan bagi aku kalau sebut harta haram aku kaitkan dengan judi walhal riba jugak satu benda haram. Haram maka wajib kita tinggalkan. 

Bila baca penerangan kat bawah seolah terjaga dari kebiasaan, alhamdulillah mari kita sama - sama praktikkan. 

"Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. 

Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain."

Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ


Ertinya :  menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. 

Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

Sumber : Ustaz Zaharuddin

#peringatanuntukdirisendiri
#ahlanwasahlanRamadhan

Jun 1, 2015

kedai mesra pngguna atau sebaliknya?

As Salam.

Aku ni biasa loyal dengan sesuatu tempat makan kalau service dia bagus even makanan dia takla sebagus mana. Sebab yang menutup rasa tak sedap tu dengan layanan yang mesra alam dan manis budi bahasa.

Nak pulak dah ada anak ni haruslah cari service yang bagus, mesra pengguna, dan memang tempat makan sesuai untuk family. Tempat yang selalu jadi pilihan ialah chicken rice shop. Dari segi food and layanan memang kena la dengan apa aku nak.

Nak dijadikan cerita tadi lepas balik kerja teringin nak makan piza. Ikhwan pulak dah banyak kali sebut nak makan mushroom soup. Balik kerja singgah la Domino dekat depan Aeon Big WangsaMaju. Elok je aku beratur ikhwan dah start nak kencing. Haruslah aku cepat2 tanya kat kaunter mintak tumpang tandas. Sambil sengih2 budak perempuan tu cakap toilet hanya untuk staff. Customer tak dibenarkan.

Terus rasa terpadam nafsu nak beli piza. Berkira sangat staff tu aku rasa. Memang aku paham la procedure tapi aku still nak sakit hati. Budak kecik faham jela. Kalau kata nak kencing dah tak menyempat nak tunggu lama2.

Sebab sakit hati aku keluar cari tempat untuk ikhwan kencing then cancel nak order piza. Sebab sakit hati cari branch lain.

Kalaulah staff tu tak berkira mesti aku dengan suka rela beli banyak benda sebagai tanda terima kasih tumpangkan tandas. Tapi oleh sebab ko tak kasik maka aku dengan ini men declare boikot untuk tidak beli di kedai kau lagi. Jangan harap aku nak datang in future.

Moral eh kalau rasa nak makan dengan aman maka persiapkan diri, mental dan fizikal. Sebab macam anak aku time dia buang air besar adalah pada pukul 2.30 petang dan 7.30 malam. So pepandaila timing nak makan pukul berapa.

Itu sebab tahun ni kalau tak ada aral melintang tahun ke 5 aku tak keluar dating tengok wayang.


Peringatan kepada yang masih bernyawa

“Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya, itulah yang dahulu hendak kamu hindari.” (Surah Qaf : 19)

Benarkah aku akan mati?
Aku masih muda, baru 24 tahun. Tak masuk akal, mimpi agaknya.
Mesti akan ada doktor datang yang merawat aku sekejap lagi, aku yakin.
Mak..nak air, tekak rasa dah kering..
Eh, kenapa tak ada siapa yang menyahut?
Mak..ayah..
Kenapa tak ada orang dengar aku panggil? 

Ya aku dengar. Tiada siapa dengar panggilan kau kecuali aku.

Mana engkau? Siapa engkau?

Akulah qorinmu..akulah syaitan yang hebat

Aku berlindung dengan Allah dari kejahatan kau, kau jangan ganggu aku.
Ya Allah, sedarkan aku dari mimpi ini…

Berlindung dengan Allah?
Sekarang baru ingat nak berlindung dengan Allah?
Sepanjang hidup tak pernah kau ingat pun?
Dah nak mati..baru nak berlindung dengan Allah?
Tak malu!

Mati? Aku masih muda untuk mati!

Sejak bila pula kematian tahu pilih orang muda atau tua?

“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya.” (Surah Al-A’raaf : 34)

Sekarang selesai tugas aku. Aku nak berehat.

Tugas kau? Apa tugas kau?

Tugas yang aku lakukan sejak Allah ciptakan Adam.
Hari di mana Iblis bersumpah untuk menyesatkan anak Adam.
Sejak itu manusia terbahagi kepada dua kelompok
Kelompok Allah dan kelompok syaitan!

Apa yang kau cakap ni?

Kenapa? Pertama kali kau dengar tentang ini?
Maafkan aku, memang salah aku.
Aku yang biasakan kau untuk dengar lagu-lagu dan semua yang haram.

Aku berlindung dengan Allah dari kau.
Aku dari kelompok Allah, bukan kelompok syaitan.
Akulah paling baik antara semua orang!

Kau paling baik antara semua orang?

Dengar sini…
Orang-orang yang berada di dalam tingkat keempat neraka jahannam pun berkata kami lebih baik dari yang di bawah.
Sedangkan mereka semua di dalam neraka, mereka semua sesat.
Tiada beza antara kesesatan yang jauh dan yang dekat. Tetap sesat!

Tapi aku tak ada dosa, aku muslimah.

Aku muslimah, dosa aku kecil sahaja!

Tidak sayangku. Dosa kau sebenarnya besar tapi aku yang menampakkan ia kecil dimatamu.
Aku hiasi dosa itu dan aku nampakkan ia seperti tiada apa.

“.. lalu Syaitan memperelokkan pada pandangan mereka yang ingkar akan amal-amal mereka yang jahat itu maka dialah menjadi pemimpin mereka pada hari ini dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah An-Nahl : 63)

Aku cuma mengajak, kau yang ikut.
Kerja aku, menghias amalan anak Adam sejak mula terciptanya manusia.
Aku buat kau berangan-angan, lalai dan lupa.
Aku buat kau berlengah untuk bertaubat.
Kau minta syurga sekali, aku mintak neraka seribu kali untuk kau.

“Sesungguhnya akan Aku penuhi neraka jahannam itu dengan jin dan manusia bersama-sama.” (Surah As-Sajdah : 13)

Apa salah aku, aku cuma melaksanakan tugas.
Aku paling gembira bila kau tinggalkan solat.
Aku yang membuatkan kau lewatkan solat.
Lengahkan solat.
Ringan-ringankan solat.
Kemudian, aku buat kau tinggalkan solat!
Sehingga hati kau MATI.

Kau tahu kan? Pemisah antara muslim dan kafir adalah solat.

Laknat kau! Adakah selain itu yang kau lakukan?

Oh, banyak lagi..aku puas dengan usaha aku.

Cis !

Bertenang..

Kau memang dah celaka.

Kau akan mati dalam keadaan kau telah berzina lebih dari seratus kali.

Tak, aku tak pernah dekati lelaki seumur hidup aku!

Benar, tapi bukankah kau pernah keluar ke pasar dengan memakai minyak wangi?

Ya, jadi?

Seorang lelaki telah terhidu wangian kau.
Bukan seorang, tapi ramai.
Kau tahu bukan, jika seorang wanita keluar dengan memakai wangian lalu dihidu oleh lelaki ajnabi dia dikira berzina?!

Tapi cuma minyak wangi.

“Dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.” (Surah An-Nur : 15)

Nak tahu yang lebih teruk lagi?

Tak cukup lagi?!

Aku tak nak kau masuk neraka sahaja, tapi aku nak kau dicampak ke tingkat paling rendah!

Laknat kau!

Besarnya dendam kau pada anak Adam, apa lagi yang kau lakukan?

Kau mati dengan membawa dosa si fulan, si fulan dan si fulan
Penipu, aku tak kenal mereka. 

Mana mungkin aku pikul dosa mereka.

Benar. Tapi kau memang seorang pelupa.
Lupakah kau pada suatu hari, kau keluar dengan bersolek cantik, disarung pula dengan pakaian yang ketat dan menarik perhatian.
Kau jadi fitnah kepada mereka, sedangkan mereka adalah hamba Allah yang soleh.
Mereka terpegun dengan kecantikan kau!
Malah lebih teruk, kau telah merosakkan taubat sebahagian dari mereka.
Kerana kesalahan itu, kau telah memikul dosa mereka.

“Dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.” (Surah An-Nur : 15)

Sungguh balasan Allah amat dahsyat.

Aku menang ke atas dirimu.

Tidak! Aku akan pastikan aku mati dalam keadaan mati syahid.

“Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: “Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia).” (Surah Al-Mukninun : 99)

Itu kata-kata lama yang aku dah dengar dari orang-orang seperti kau.
Mungkin rayuan itu boleh diterima kalau kau minta dulu.
Hari ini kita akan berpisah.
Sejak kau kecil kita bersama, aku akan ikut ke mana sahaja kau pergi kecuali kubur.
Pergilah kau seorang diri, diazab seorang diri dan ditinggal seorang diri.
Laknat kau! Kau telah merosakkan dunia dan akhirat aku!

Mereka telah datang…

Siapa? Keluarga aku?

Binasalah engkau, hari ini keluargamu takkan mampu membantu.
Cuba lihat, siapa yang datang.
Mereka itulah malaikat azab, mereka datang dengan sebat dari neraka.
Belum terbukakah hijab itu untuk kau melihatnya?

“Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang  hari ini, maka Kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat).” (Surah Qof : 22)

Malaikat akan berkata kepada rohmu, ‘keluarlah wahai jiwa yang kotor..’
Pergilah menuju kemurkaan daripada Allah.’

“Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim berada dalam tekanan sakratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata): “Keluarkanlah nyawamu.” Di hari ini kamu dibalas dengan seksa yang sangat menghinakan, kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (kerana) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya.” (Surah Al-An’am : 93)

TAMAT


Duhai sahabat,

Berikanlah bahagian dari hatimu untuk Allah, kau tak akan disia-siakan.
Peruntukkanlah satu jam dari harimu untuk solat.
Dengan siapa engkau bersama setiap waktu?
Kepada siapa engkau mengadu sepanjang hidupmu?
Siapa yang akan bersamamu saat kematian nanti?
Siapa yang akan menemanimu di kubur yang gelap gelita?
Siapa yang akan bersamamu di padang mahsyar nanti?

Siapa yang akan bersamamu di atas titian sirat yang dibawahnya adalah neraka jahannam? Di dalamnya kau akan dengar pekikan ahli neraka yang sangat menyiksakan.

Disana nanti ada Allah, kau akan menyeru namaNya.
Tapi, alangkah indahnya andai nama itu diseru sebelum hari ini.
Dialah yang akan menjadikan hidupmu sentiasa bahagia jika kau mengenaliNya  di dunia.
Tanyalah pada mereka yang sering menyeru nama Allah, pernahkah mereka hidup menderita?
Sungguh, aku pernah mengenali orang-orang yang basah tikar sejadahnya di malam hari  kerana menangis rindu pada Allah. 
Rindu untuk melihat wajah Allah swt.

Sahabatku..

Tidakkah kau tahu bahawa Allah sentiasa merindukanmu. Rindukan taubatmu.
Ya, kamu!
Belum tibakah masa untuk hati itu menjadi lembut?
Kalau kau tahu betapa rindu dan gembiranya Allah jika kau kembali kepadanya, pasti kau tidak akan berlengah lagi.

T.A.U.B.A.T enam huruf sahaja.
Lakukan! Kau akan masuk ke dunia indah yang tidak pernah kau jejaki sebelum ini.
Bertaubatlah, dan teruslah bertaubat, kembalilah kepadaNya.
Jangan pernah jemu.

Mulakan sekarang, mulakan dengan fardhu pertama yang datang selepas kau membaca kisah ini.
Berjanjilah pada diri ‘cukuplah kelalaian, hidupku akan berubah mulai saat ini.
Hari ini, aku akan kembali.
Allah aku datang!”

“Apakah belum datang waktunya bagi orang yang beriman untuk khusyuk hati mereka berzikir (mengingati) Allah dan apa yang diturunkan daripada kebenaran.” (Surah Al-Hadid : 16)

“Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad)? Barangkali dia mahu membersihkan hatinya.” (Surah Abasa : 3)

Diterjemah daripada artikel asal di sabayacafe.com

Penterjemah:
Ustazah Zainab Husna Hussen
Aktivis ISMA Gombak

#peringatanuntukdirisendiri