Nuffnang BH

May 14, 2015

Surprise birthday suami - ulang tahun ke 32

Hari ini ulang tahun suami yang ke 32.

Tahun kelima bergelar suami dan celebrate sama-sama.

Cuma tahun ni lain sikit bila aku buat pre surprise untuk suami.

Gila punya plan.

Ketahuilah bahawa aku memang orang yang keras berhati batu.

Tak ada makna aku nak buat surprise sebab aku jenis orang panic dan xsabar.

After few hours memikirkan surprise dan kebetulan suami mesej dia balik lambat so ok la.

Sampai wangsamaju 30 minit sebelum pukul 7. Siap beli nasi untuk buka puasa jalan laju pergi cari barang hiasan nak cantikkan rumah.

Tapi hampas. Satu pon tak berkenan. End up beli kek secret recipe dua slices (Turkish & choc cheese berries) dan sekuntum ros merah. Sila muntah. Pastu aku beli card. Muntah lagi.

1st time aku beli bunga woi. Rasa nak gelak sorang-sorang. Puas aku fikir camna nak surprise. Nak jerit ke? Nak tutup lampu ke?

Akhirnya 9:30 malam baru suami sampai rumah. elok aku setting, dia ketuk pintu aku padam lampu pastu aku nyalakan lilin. Dan lilin adalah lilin putih untuk kegunaan rumah tu bila elektrik tak ada. sebab aku tak mintak lilin pon masa beli kek. Bukan nk tiup pun just nak timbulkan mood surprise je.

Reaksi suami: dia senyum gembira tapi tak adalah sampai melompat. Dia tak sangka je. Then ikhwan masuk cakap takut sebab gelap. Maka berakhirla surprise yang hanya seminit dua tu.

Yang penting ikhlas. Ye x? kenapa aku buat semua ni? Sebab nak suburkan balik perkahwinan aku. Dah nak masuk lima tahun. Orang kata itu baru lima tahun pertama. Ye tak? sedapkan hati. 

nampak lilin tu? kan saya dah kata lilin orang guna masa elektrik tak ada tu..
pastu saya guna alas pemotong ikan tu...hahhahahah sebab dulang saya rasa tak seni hahhahahha

Semua ni untuk kenangan. Pos dalam blog ni pon untuk ingatan jangka panjang. Jauh sekali nak riak tunjuk kat orang. [Motif: ingat kau sorang je ada suami sambut birthday 14haribulan] Wakakkaka.