Nuffnang BH

May 5, 2015

- Cara Solat Jika Lutut Tak Boleh Dibengkokkan -

[kongsi pengalaman sakit dan ilmu bukan sebab nak tunjuk bagus dan riak, Cuma berkongsi sebarkan pahala dan kasih sayang]

Sejak accident aritu then lutut lak koyak sikit memang terus tak leh bengkokkan lutut. Rasa macam kulit terkoyak. Nak duduk pon macam terkangkang. Payah benar nak buat. Risau bab solat terus google camna cara solat ketika sakit. Sebab aku mudah paham penerangan UAI so memang terus tengok video ceramah beliau.

Syarat solat duduk apabila kita tak mampu nak berdiri. Ada yang mampu berjalan tapi tak mampu berdiri tegak. Maksudnya tak tumbang pengsan dan perlu berpaut. So boleh solat duduk. Sebaiknya berdiri tegak, niat dan takbirratur Ihram dalam keadaan berdiri.

Bila rukuk macam biasa cuma sujud yang tak boleh nak bengkok lutut so boleh la duduk atas kerusi dan tundukkan kepala sebagai syarat untuk sujud.


UAI kata kalau mampu berdiri tapi solat duduk solat fardu tidak sah, solat sunat dapat separuh pahala. Sebab rukun solat memang berdiri tegak dan banyak lagi penerangan beliau. Boleh tengok video kat bawah dan pahamkan. 



No comments: