Nuffnang BH

Apr 29, 2015

Perempuan Penunggu Bus [PPB] – episod 1

Salam.

Macam biasa rutin aku pergi dan balik kerja menggunakan pengangkutan awam. Sebab aku tak memandu. Kenapa tak memandu atau kenapa tak ambil lesen nanti episod lain aku cerita.

Kalau naik pengangkutan awam terutama bus paling penting adalah kesabaran, keberanian dan kesetiaan. Chewah macam bercinta kan? Tapi itu la hakikat.

Macam semalam. Aku naik bus dan cuaca tidak begitu mengizinkan. Hujan paling lebat dan suasana paling gelap pernah aku hadapi. Nak tak nak memang kena redah jugak. Tunggu hampir 40 minit dan mungkin lebih.

Bila naik pengangkutan awam ni macam-macam perangai manusia kita boleh jumpa. Macam-macam bau boleh hidu. Bayangkan berapa juta bakteria kena hadap setiap hari setiap masa.

Tunggu bus dan jumpa orang gila, naik lrt dan jumpa orang sawan. Orang lelaki atau orang sihat tak bagi priority seat pada orang sepatutnya.


Bila terserempak dengan situasi atas ni haruslah emosi jugak terganggu. Balik rumah berehat dan episod seterusnya menunggu. 

No comments: