Nuffnang BH

Apr 22, 2015

Menjelang 5 Tahun

As Salam,

Tahun ni kalau ikut Tarikh nikah aku maka nya kami bakal menyambut ulang tahun ke 5. Yeahaa Alhamdulillah. It’s a long journey uols. Gigih membaca pasal cabaran alam perkahwinan. Orang kata tahun ke 5 baru bermula fasa baru perkahwinan. Menentukan arah tuju perkahwinan ke arah lebih baik atau sebaliknya. Amik tahu sekadar pembacaan tapi realitinya aku rasa setiap detik adalah penentunya. Cabaran tersendiri.

Jadi inisiatif tahun kelima harus nampakkan perubahan. Kalau tak nanti mesti suami kata eh awak tak berubah apa pon. Maksudnya dari segi sikap dan persembahan menjadi isteri. Bab perubahan fizikal tak perlu sebut la. Mesti aku soletip mulut kalau dia comment gemuk. Hahahha

Basically apa yang berlaku baik di sebelah suami atau aku sendiri, kami ambil pendekatan untuk involve dan belajar. Bukan sekadar memerhati. Kami sedar kami sering tergelincir bab kesihatan. Terlalu banyak alasan bila masuk bab exercise. Tapi bila abang ipar sendiri masuk ICU sebab kecuaian dan kelalaian dengan nikmat kesihatan memberi tamparan hebat. Sedih dan rasa kami tak bersyukur dan sangat PEMALAS ambil berat hal kesihatan.


Perancangan untuk celebrate ada tapi tengoklah rezeki macamana. Paling penting tanya diri? Apa aku dah capai 5 tahun berkahwin? Selain dari kembangkan badan dan anak seoarang.. hurmm… 

credit google image..