Nuffnang BH

Jan 28, 2015

Urusan duniawi dan aku atas pagar

Salam 

Kawan pesan jangan putus asa dalam melakukan kebaikan. Jangan cepat sentap bila apa yang disebarkan ditentang dan dipandang sepi. Kena kuat semangat.

Sedih bila fikir usaha yang aku lakukan tak seberapa. Aku sebenarnya bingung. Terperangkap atas pagar. aku risau bila aku mula mengorak langkah, akibatnya aku hilang segala. Niat nak menolong akibatnya aku yang sengsara. Ibarat satu jari menunjukkan kesalahan orang lagi sembilan jari bersedia menunding kesalahan diri sendiri.

Macam aku baik sangat nak nasihatkan orang. Tapi kalau aku tak nasihat aku dikira bersubahat ke? Allah Maha Mengetahui. Aku pun tak sebaik mana, solat pun compang camping. Amal lain tak yah sebut la. Malu. Kawan pesan kalau nak nasihat tak boleh sakitkan hati orang, seeloknya nasihat melalui tauladan. Itu yang terbaik. Tunjuk tauladan yang baik.

Aku manusia biasa yang dalam proses mahu mencari ilmu kehidupan. Dua dunia. Duniawi dan ukhrawi. Berjaya ukhrawi melalui duniawi. Dibandingkan dengan orang lain, yang memang rezekinya belajar ilmu agama sejak sekolah rendah hingga ke university dan peringkat tertinggi memang jarak aku dengan mereka bagai langit dan bumi. Bertuahnya mereka. Rezeki. Seronok dan beruntungnya mereka.



credit: gambar cantik