Nuffnang BH

Jan 9, 2015

terasa hati dengan kawan.. bff

Pernah tak nak terasa hati dgn kawan?
Mungkinlah, Cara berfikir kita lain. Cara berfikir dia lain.
Sampai satu simpang, sudah tidak sehaluan.
Kita tulis mesej panjang-panjang & dia boleh balas 'ok' shj.
Kita punya nak masa sendiri. Dia boleh bercakap byk pula.
Kita jenis lambat2 . Dia pula asyik nak cepat.
Bertentangan habis.

Orang lain juga pasti punya kisah yg sama.
Dlm ukhuwwah ini, satu sahaja.
Harus ada rasa untuk saling give and take.
Mahu untuk memahami. Dan juga menyayangi.
Usah sayangkan sahabat kerana apa yg dia ada.
Love her or him for what they have.
And for what they don't have!

Sayang mereka atas apa adanya diri mereka.
Dan atas apa jua yang tidak ada pada diri mereka.
Kita selalu baca hadith Rasulullah SAW.
Laa yu'minu ahadukum hatta yuhibba li-akheehi
maayuhibbu linafsihi.

Tak beriman seseorang di antara kamu, 
sehingga dia mengasihi saudaranya spt mana dia mengasihi dirinya sendiri.

Tetapi pernah tak kita betul2 tanya pada diri.
Bahawa satu hadith itupun sudah betul2 diamalkan @ belum?
Mungkinlah ada suatu ketika, ujian persahabatan itu teruji.
Keep calm. Renung balik kita bersahabat kerana
apa & siapa.

Kita bersahabat untuk dibawa ke mana.
Kita sendiri sudah ada jawapannya bukan?
Kalau sahabat ada yg tak terbalas mesej.
Sangka baik. Mungkin dia sibuk. Atau mungkin ada
sesuatu yang berlaku. Doakan yg baik2
sahaja. Walaupun nampak sebab2 itu tidak muhasabah, tetap sangka baik.

Kalau sahabat ada yg bad mood. Sangka baik.
Kita juga manusia biasa. Ada naik & turun emosinya. Reflect kembali. 
Mungkin ada juga salahnya pada kita.
And the list continues. Sampai kita akan pergi.

Dan bawa ukhuwwah ini hingga ke syurga.
Bila kita bersahabat.
Tak semestinya kita akan bersahabat dengan dia yg perfect.
Baik dia @ kita.


Kerana tidak ada manusia yg sempurna.
Apa yang ada adalah kelebihan & kekurangan yg tersendiri.
Untuk saling melengkapi.
Apa adanya.
Hingga menjadi sempurna.




No comments: