Nuffnang BH

Jan 21, 2015

Meneruskan kehidupan.. geng lelaki (abah + Ikhwan) dan geng perempuan (mama)

Salam.

Mengantuk ya amat so terus terfikir nak menulis. Nak elak tidur paksa otak fikir-fikir keluar idea. Bila sampai baris sini, otak plak jadi jem tak tahu nak cerita apa. Padahal tadi semangat gila nak update satu entry. Cis.

Teringat semalam Ikhwan mengadu dia makan bubur je rumah mak ngah. Sebab mak ngah tak sihat so kira pakej la. Makan makanan orang demam. Dengan buat muka sedih cerita makan tu je. Aku senyum angguk kata kesian anak mama. Padahal aku tahu, tak mungkin la mak ngah bagi makan nasi bubur je. Mesti ada yang lain.

Pagi tadi cerita la pasal Ikhwan mengadu malam tadi. Mak ngah kata mak ngah ada buat sushi Salmon. Amboi anak aku, bab makan sedap tak ingat ye.

Ikhwan sekarang menuju ke 4 tahun. Sangat-sangat meminta perhatian aku dan suami. Comel. Bila suruh buat apa-apa.. mesti buat tabik macam polis dan say yes mama. Oh comel. Pastu kalau balik, amik kat rumah mak ngah mesti peluk..kata mama..abang rindu mama. Terus membuak-buak kerinduan pada anak sendiri.


Kalau dulu selalu rapat dan nak geng mama saja. Tapi sekarang bila dah tahu beza lelaki dan perempuan dan start geng-geng ni. Lelaki geng lelaki. Lelaki kuat. Perempuan lemah. Lelaki ultraman, perempuan raksasa. Grrrrrrr. Siap menangis kalau aku menyakat. Perempuan lagi kuat hahhahah. 

No comments: